Friday, July 30, 2010

Today..

Today...hari ni...
aku mengisytiharkan diri untuk menerima seorang anak angkat..
risq jgn jeles ye..
sbb mak berharap sangat akan membuatnya anak angkat in the real sense..
tapi risau gak sebab aku ni bukan org yang penyabar..
kalau naik angin satu badan..
dari hujung kampung pun boleh dengar suara yang besar dan kuat..
ohh kadang kadang malu gak...
tapi itulah rasanya senjata yang ada dalam kemampuan untuk mengawal keadaan..
wow.. teringat muyah pun terkejut tgk maknya menjerit... dalam kelas..
awak semua ni sombong...
maka melayang le pemadam atau buku atau apa saje yang ada berdekatan...
pastu malu gak nak gi kutip..
dalam hati adale anak muridku yang baik hati tolong gi kutip barang2 yang melayang tadi..
eeee.. jahat tau cikgu ni....
kadang terjumpa anak murid apabila dah besar2..
segan pula rasanye..
ingat perbuatan sebegitu..
tapi dalam keadaan dan kesabaran tercabar..
semua boleh lupa..
nasib baik tak membunuh je..
ohhhhh... memang mencabar sungguh...
minta mahap ye anak muridku ...sekiranya tersempak
dengan angin yang sebegitu..
tapi hari ni.. nekad seboleh mungkin nak praktikkan
apa yang tersemat di dalam kalbu..
seorang murid yang pada anggapan ku
memerlukan bimbinganku ..
sekiranya aku gagal sekurang2nya aku telah berusaha..
aku dilantikkan khalifah kepada diriku..
kepada orang di kelilingku..
dengan seberapa kudrat yang ada akan ku bimbingnya..
akan ku pimpin tangannya ke jalan yang lebih baik
mengikut norma masyarakat.. InsyaAllah..
pada pandangan ku dia mungkin dah mula tersesat..
hanya aku berharap aku punyai kekuatan..
jangan nanti aku dipersoalkan tentang sumbanganku kepada kemakmuran umat..
mungkin juga jauh di sudut hatiku aku ingin mencari peluang dan tempat untuk bermanja..
aku berharap sangat dia akan menerimaku seadanya..
mungkin aku tidak segagah yang lain..
mungkin aku tidak menawan seperti yang lain..
kekadang mereka ini lebih tertarik kepada yang menawan..
tapi aku akan berusaha untuk menjadi menawan di mata mereka..
aku ingin mencari ruang untuk mencurah bakti..
aku ingin bekerja..dan memberi sumbangan..
aku tidak mahu hadir di hadapan mereka
kerana aku diberikan keistimewaan pada 25 hb..
sebenarnya aku di sana mungkin terasa keseorangan..
aku tidak mahu menaiki bas sekolah ..
atau apa2 jua jenis kenderaan yang lain..
aku tidak mahu naik keretapi..
aku ingin berada di hadapan mereka sebagai a wholesome..
aku cukup tidak selesa menaiki apa2 jenis kenderaanpun..
aku percaya ramai orang yang tidak mahu menaiki apa2 jenis kenderaanpun..
tapi apabila keadaan memerlukan kita untuk menaiki kenderaan ..
sekiranya kita berjalan kaki..
maka kita akan tertinggal..
akan keseorangan..
adakah sesiapa yang ingin menumpangkan diri ini menaiki kenderaannya????
Nekadku..
aku akan cuba menggunakan segala ilmu walaupun sedikit
yang pernah diperolehi semasa berkursus 14 minggu dulu..
untuk melaksanakan tugas ini..
Terima kasih pensyarah IPPM ..En Nordin, En.Mat Isa..,Tn Hj Mustapha.
Dr Yasmin, En Israfi and last not least my beloved pakar rujuk En Mustafa b. Abdul Aziz...
Semoga dia menerima ku dan semoga tugas ku ini akan dipermudahkanNya..
mudahan tidak tersasar niat...
dan semoga dapatku menyelamat seorang umat ...
Amin....






1 comment:

  1. aiceceh..beloved pakar rujuk tuh =P
    haha.mak! uyah jeles..ngahahahaha..

    ReplyDelete