Friday, July 2, 2010

Letih.. Keletihan...

Letih ...keletihan...
2 perkataan yang bezanya hanyalah akhiran ..an
tp sebenarnya letih dan keletihan membawa makna yang sangat mendalam..
Letih..fizikal
letih..emosi..
letih.. jiwa..
letih fizikal...apabila dapat rehat sdikitpun ianya akan hilang...
letih emosi... melayan dengan cara tersendiri akan hilang..
letih jiwa/soul.. bagaimana nak melayannya..

Keletihan... penat....
Siapakah yang mampu memahami kita..
hanya kita lah yang dapat memahami sesama kita..
jadi kenapa kita harus sangsi di kalangan kita..
kenapa kita benarkan mereka memisahkan kita
kita yang sama yang memahami di antara satu sama lain..
saya tidak menyalahkan kamu..
hanya saya amat kecewa apabila kamu yang seharusnya
memahami kita sesama kita..
juga menunjukkan kesangsian di antara kita..
seharusnya kita tidak patut sangsi antara kita..
tidak apa yang nak direbut di antara kita..
hak kamu tetap hak kamu
sekiaranya hak saya tetap hak saya..
tidak ada apa yang hendak kita rebutkan..
sekirannya kita dapat bergabung tenaga
semestinya kita akan menjadi lebih kuat
dan dah tentunya lebih efektif..
tentunya kemenangan menyebelahi kita...
kita tidakakan jatuh ke dalam perangkap mereka..
tetapi kenapa kah kamu sangat sangsi..
seolahnya kamu memikirkan yang kamu beza dari saya..
tahukah kamu bahawa sebenarnya
di antara kamu dan saya tiada bezanya..
apa yang terjadi kepada saya ..
tidak mustahil akan terhadi kepada kamu juga..
sebab itulah saya ingin membantumu..
tetapi kenapa kah tangan yang saya hulurkan..
kamu tidak mahu sambut dengan baik..
sekiranya satu hari nanti kamu jatuh
dan kamu ingin memberitahu kepadaku ..
aku sedia mendengarnya...
dan sama sama kita bangun dari kejatuhan
yang tidak perlu itu..
sebab mereka dengan cara mereka..
dan kita tetap dengan cara kita...

No comments:

Post a Comment