Sunday, July 25, 2010

Ptk:Generik; sukatan

Sukatan:

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 702/01 : BAHAGIAN I (KOMPETENSI UMUM) DG41 – TK2
1. Aspek Kompetensi Teras
1.1 Pengurusan Personel Perkhidmatan Awam
1.1.1 Pengetahuan tentang peraturan dan proses urusan yang berkaitan dengan pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan kerja, dan persaraan
1.1.2 Pengetahuan tentang peraturan dan urusan tata kelakuan dan tindakan tatatertib
1.1.3 Pengetahuan tentang tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan pertukaran dan kursus, cuti, rumah, dan bangunan pejabat kerajaan, rawatan, dan perubatan

1.2 Pemantapan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi di Sektor Awam
1.2.1 Pengetahuan tentang usaha-usaha penambahbaikan dan pemantapan sesebuah organisasi yang meliputi penambahbaikan sistem pengurusan dan pemantapan kompetensi di sektor awam. Aspek- aspek yang berkaitan adalah:
(i) PKPA Bil. 6/1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan
(ii)PKPA Bil. 7/1991 : Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
(iii)PKPA Bil. 8/1991 : Panduan Mengenai Manual dan Prosedur Kerja dan Fail Meja
(iv)PKPA Bil.10/1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter
(v) PKPA Bil. 1/1992 : Panduan Pengurusan Kualiti Menyuruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

1.3 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara ke Arah Pemantapan Jati Diri

1.3 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara ke Arah Pemantapan Jati Diri
1.3.1 Pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan, dan
kesan-kesan dasar berikut yang telah dilaksanakan oleh kerajaan:
(i) Wawasan 2020
(ii) Dasar Pembangunan Nasional
(iii) Pelan Integriti Nasional (PIN)
(iv) Dasar Sosial Negara
(v) Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma, dan Etika Murni
1.4.1 Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam:
(i) Nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam
(ii) Tonggak 12
(iii) Etika Perkhidmatan Awam
(iv) Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam

1.5 Komunikasi Berkesan ke Arah Budaya Kerja Cemerlang
1.5.1 Asas Komunikasi
(i) Definisi
(ii) Pola dan Jenis
(iii) Komunikasi Interpersonal
(iv) Halangan Komunikasi

1.5.2 Permuafakatan dalam Pendidikan
(i) PIBG
(ii) Komuniti Pendidikan
• Masyarakat setempat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Jabatan/Agensi kerajaan
(iii) Perkongsian Bijak (Smart Partnership)

1.6 Aplikasi Asas Teknologi Maklumat
1.6.1 Kebolehan mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengurusan Organisasi/Kerja
(i) Perisian Pemprosesan Perkataan, contoh Microsoft Word
(ii) Perisian Hamparan Elektronik (spreadsheet), contohnya Microsoft Excel
(iii) Perisian Persembahan, contohnya Microsft PowerPoint
(iv) Perisian Pelayar Web, contohnya Internet Explorer
(v) E-mel
(vi) Pengetahuan asas peralatan komputer

2. Aspek Kompetensi Profesional
2.1 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dari Perspektif Sejarah
2.1.1 Sejarah pendidikan negara sebelum merdeka:
(i) Laporan Barnes (1950)
(ii) Laporan Fenn-Wu (1951)
(iii) Penyata Razak (1956)

2.1.2 Sejarah pendidikan negara selepas merdeka:
(i) Ordinan Pelajaran (1957)
(ii) Penyata Rahman Talib (1961)
(iii) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

2.2 Akta Pendidikan 1996 dan Pindaan 2002 – Bahagian 4
2.2.1 Bab I − Sistem Pendidikan Kebangsaan
2.2.2 Bab II − Pendidikan Prasekolah
2.2.3 Bab III − Pendidikan Rendah
2.2.4 Bab IV − Pendidikan Menengah

2.3 Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3.2 KBSR dan KBSM
2.3.3 Prasekolah

2.4 Sistem dan Struktur Pengurusan Pendidikan
2.4.1 Peranan Bahagian dan Jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia
2.4.2 Peranan Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri, cawangan-cawangan Bahagian Kementerian Pelajaran di negeri (contoh: Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG)

2.5 Pengurusan Sekolah
2.5.1 Pengurusan Kurikulum
2.5.2 Pengurusan Kokurikulum
2.5.6 Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.5.7 Pengurusan Pentadbiran Sekolah

2.6 Nilai dan Sikap
2.6.1 Pengetahuan dan pengalaman nilai dan sikap dalam Etika Profesion Perguruan
(i) Tanggungjawab terhadap pelajar
(ii) Tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
(iv) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

2.7 Isu-isu Semasa dalam Pendidikan
2.7.1 Perkembangan semasa dalam pendidikan:
(i) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
(ii) Dasar 60:40
(iii) Disiplin murid
(iv) Penguasaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
(v) Memperkasa Sekolah Kebangsaan


No comments:

Post a Comment