Saturday, September 25, 2010

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma dan Etika Murni

1. Nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam
a. Adil dalam perlantikan (berkaitan perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan jawatan)
b. Amanah Dalam menjalankan Tugas (menyerahkan kepada yang berhak, menggunakan masa dgn terbaik)
c.ikhlas –bekerja secara berterusan tanpa memikirkan tentang ganjaran( tidak menunjuk.tidak memilih tugas hanya ada kaitan dengan kenaikan pangkat, tidak mengira waktu
(vs..Tidak ikhlas): kerja hanya jika ada ketua,memilih bertugas dgn cara memilih masa, tempat dan orang yang member arahan
d. dedikasi- tanpa upah tambahan tp lebih kepada kerja cepat, berkesan dan berkualiti, minat dan sedia menerima bimbingan utk peningkatan diri,tanpa rasa jemu/bosan,tidak putus asa, sanggup menghadapi cabaran dan persaingan
e. Tekun – melaku kerja dengan sabar mencapai matlamat seperti yang dirancang,member penumpuan mengutamakan kepentingan tugas, berkorban masa dan tenaga, meningkatkan mutu ke tahap cemerlang
f. berdisiplin – bertamadun tinggi dan menghasilkan mutu kerja cemerlang, mematuhi peraturan dan arahan, pegangan agama tinggi, menjaga imej
g.bekerjasama- kerja harmoni, aman ,gembira, menjaga kebajikan dan kepentingan sejagat, hubungan baik dan sikap saling bantu membantu di antara lain
g. bersyukur – diberikan ganjaran sewajarnya , syukur antara makhluk dgn pencipta dan antara makhluk dengan makhluk. Tidak bersyukur= sentiasa tidak cukup dan memprotes tidak dedikasi.
h. Berbudi mulia- peramah,suka membantu
*Rumusan: Keyword
Adil….pilih kasih
Amanah……menyerah kepada yang berhak
Ikhlas…….kerja berterusan tanpa ganjaran lebih
Dedikasi…..kerja cepat,berkesan dan berkualiti
Tekun………memberi penumpuan, berkorban masa
Berdisiplin….. mematuhi peraturan
Bekerjasama….hubungan baik dan sikap bantu membantu
Bersyukur……. Diberikan ganjaran sewajarnya
Berbudi mulia….. peramah, suka membantu


2. Nilai Murni (berasaskan ajaran agama) etika dilaksanakan:
a. bekerja dengan penuh keazaman ( setiap kerja itu mulia)
b. bekerja dengan ikhlas dan amanah ( bekerja dengan penuh kerelaan dan suci hati)
c. bekerja dengan tekun dan cekap ( meningkatkan kecekapan)
d. bekerja dengan semangat gotong royong dan bersepadu fikiran ( bekerja secara berkumpulan)
e. bekerja dengan matlamat kebaikan manusia sejagat (maju undur sesbuah Negara)


3. Etika Kerja- diperkenalkan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat.
a. berazam meninggikan mutu perkhidmatan
b. bekerja dengan penuh tangungjawab
c. berusaha mengikis sikap mementingkan diri
d. berkhidmatan dengan penuh muhibbah dan kemesraan
e. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
f. bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh Negara
g. berpegang teguh kepada ajaran agama

No comments:

Post a Comment