Friday, September 24, 2010

Bhg B Pentadbiran / pengurusan system organisasi (samb)

7.Kumpulan Meningkat Mutu kerja (KMK)
a. KMK adalah sekumpulan kecil pekerja (6-10orang) dari sebuah unit yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Mereka mencadang penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan untuk seterusnya melaksanakan keputusan yang dipersetujui.
b. Prinsip KMK: pekerja dianggap sebagai sumber penting,penyertaan semua peringkat secara berkumpulan, kreativiti digalakkan,projek berkaitan tugasan harian
c. Syarat pelaksanaan KMK: kewujudan struktur,latihan berkesan,system pengiktirafan yg berkesan.

8. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM- Total Quality Management)
a. Proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan
b. Matlamat: kepuasan hati pelanggan,output tanpa cacat,output yang sentiasa tepat
c. focus: system dan proses,budaya dan organisasi,pelanggan dan pembekal
d. Strategi: pembaikan yang berterusan, melibatkan seluruhan organisasi, tindakan strategic, berorientasikan matlamat jangka panjang, pengawalan kos, tindakan pencegahan dan penyelesaian masalah secara sistematik
e. Pelaksana: pengurusan atasan, seluruh kakitangan, pasukan kerja

9. factor yang mempengaruhi produktiviti
a. tenaga manusia
b. system dan prosedur( system fail, manual prosedur kerja, fail meja)
c. struktur organisasi( pengagihaan tugas, akauntabiliti, komunikasi,bidang kuasa,perjawatan)
d. gaya pengurusan ( orientasikan output,gaya autokratik/bebas/demokratik)
e. persekitaran kerja (dalaman e.g susunatur pejabat, perabot, kebersihan, kemudahan, riadah)
f. teknologi (peralatan elektronik)
g. bahan berkualiti (bahan binaan),elak pembaziran ,kelengkapan modal (jentera)

10. Perkhidmatan telefon yang berkualiti
a.mesra,suara,senyum,elak macam bosan,ingat nama pemanggil,membantu,ambil pesasan
b. susun panggilan mengikut giliran,bunyikan muzik yg dirakamkan
c. persediaan: berada 5 minit lebih awal, borang dan pen, buku pergerakan staf
d. jawab telefon sebelum deringan kedua atau selewat lewatnya deringan ketiga
e. mulai ucap selamat, nama organisasi dan nama sendiri .

11.Manual Prosedur Kerja(MPK) …… Fail Meja (FM)…
a. Manual Prosedur Kerja adalah rujukan rasmi jabatan /pejabat secara menyeluruh yang mengandungi sejarah,rasional penubuhan, objektif, fingsi,prosefur dan pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur. Ia mendokumentasikan proses kerja dan peraturan kerja.Setiap jabatan ada sat MPK.( Adakah buku panduan di sekolah kita tuh MPK sekolah kita???)
b. Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di atas meja pegawai. Ianya merupakan panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seorang individu setiap hari.
***** Panduan bagi jabatan ialah MPK … Panduan bagi individu pegawai ialah FM*******
c. faedah: sebagai prosedur dan peraturan,mewujudkan keseragaman dalam kerja, peraturan pejabat dipatuhi, memendekkan masa latihan pegawai baru, menyenangkan pertukaran dari satu jabatan ke jabatan lain, mengurangkan arahan lisan, menjelaskan kuasa dan hubungan pekerja dan pegawai atasan.

No comments:

Post a Comment