Bila hati berkata kata...
itulah nama monolog..
sekeping hati ..
ikut scientificnya ada 2 bahagian ..
left ventricle dan right ventricle..
agaknya apabila kita bermonolog..
mungkinkah left ventricle tengah bersembang atau berbahas dengan right ventricle..
atau ke mungkin hati bersih berbahas dengan hati kotor..
sebelah hati yang putih tengah menegur sebelah hati yang hitam itu jangan buat jahat..
atau malaikat yang hendak mencatat kebaikan kita tengah tawar menawar perkhidmatan dengan malaikat yang mencatat keburukan kita...
subahanallah...
maha suci Allah..
maha Agung Allah..
dalam setiap kejadiannya..
ada fungsi dan peranan sekiranya kita lihat dengan mata hati
yang mana satu akan lebih dominan...
Ya Allah Engkau pimpinlah diriku untuk memberi kekuatan kepada yang terbaik..
biarlah keping hati yang putih dapat lebih dominan kepada keping hati yang hitam..
keping hati yang bersih dapat menyakinkan keping hati yang kotor itu bahawa ia lah yang sepatutnya berbakti kepada tuanpunya badan..
malaikat mencatat kebaikan dapat menyakinkan malaikat pencatat keburukan bahawa aku layak untuk mendapat catatan darinya..
Sesunguhnya apabila hati berkata kata...
satu kekeliruan berlaku..
kekadang sempat membuat rumusan..
kekadang tidak sempat buat rumusan..
sehingga keputusan yang terpancur dari mulut itu kekadang disesali kemudian hari...
Dalam keadaan itu adakah kita perlukan penterjemah....
sukanya baca!!
ReplyDelete:)