Semakin hari semakin sayang..
terlalu dia tunjukkan sayangnya kepada diri ini..
aku ..
adakah aku tunjukkan penghargaan terhadapnya..
aku seharusnya sedar betapa dia sangat menjagai diriku ini..
segala yang diminta ditunaikannya..
tanpa aku sedari segala dipermudahkannya..
Ampunkan diriku Ya Allah..
Betapa Engkau telah permudahkan segalanya untuk diri ini
Diri ini yang mengingkari akan suruhan mu..
Engkau menunjukkan kasih dan sayangmu yang teramat sangat..
Ampunilah dosa and keeingkaranku
atau juga keegoan dan kesombonganku..
berikan sedikit benih keimanan dalam jiwa ini..
jinakkan hati yang suka melawan dan memberontak..
tetapkan pegangan yang selalu goyah dan ragu..
atas segalanya aku bersyukur..
sesungguhnya aku ingin menunaikan kewajipan ke atas diriku..
dan mendapat keredhaanMu ..
atas segala kelalaianku aku memohon ampun...
Semoga aku dapat kebahagian yang abadi dan berkekalan..
dan bukan sesuatu yang sementara..
keseronokan dan kebahagian dunia..
yang hanya sementara dan tidak kekal..
sekiranya itu kehendakmu Ya Allah
sesungguhnya aku tawakal..
No comments:
Post a Comment