Wednesday, October 13, 2010

Dasar Pembangunan Negara

1.Sejarah Perkembangan Pembangunan negara
a. Pembangunan era pra Dasar Ekonomi Baru
b. Pembangaunan era Dasar Ekonomi Negara
c. Pembangunan era Dasar Pembanguanan Nasional
d. Pembangunan era Dasar Wawasan Negara

2. 4 jenis rancangan
a. Jangka panjang (10 thn lebih cth RRJP)
b. Jangka sederhana (5 thn cth rancangan 5 thn)
c. Kajian separuh penggal
d. Jangka pendek ( 1 thn cth belanjawan tahunan)

3. Dasar dasar kerajaan
a. Wawasan 2020
b. Dasar Pembangunan Nasional
c. Dasar Perindustrian Negara
d. Dasar Pertanian Negara
e. Dasar Persyarikatan Malaysia
f. Dasar Penswastaan
g. Dasar Pendidikan Kebangsaan
h. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
i. Dasar Sains dan Teknologi Negara

4. Dasar Wawasan 2020
a. Obj: manjadi negara maju mengikut acuan sendiri , rakyat menikmati kehidupan
sempurna dalam masyarakat demokratik,bertoleransi, bermoral, adil, mampu
bersaing. dinamik dan berdaya tahan.
b. W2020 merupakan rangka kerja tindakan( frame work of actions) utk mencapai negara
maju

5. Dasar Pembangunan Negara
a. dilancarkan selepas tamat RRJP dan DEB
b. masih mengekalkan DEB,basmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat,
mengukuhkan integrasi nasional, memajukan sumber manusia, Sains dan Teknologi
teras pembangunan serta perlindungan alam sekitar.

6. Dasar Perindustrian Negara
a. Tujuan sektor perindustrian menjadi punca utama pembangunan negara
b. mengutamakan eksport dan mempertingkat IKS

7. Dasar Pertanian Negara
a.tujuan membentuk sektor pertanian yang cergas dan dinamik
b. Pengerak ialah R&D dalam pasaran, sumber manusia dan keluaran serta perubahan sektor struktur pengeluaran ladang dan pertanian

8. Dasar Persyarikatan Malaysia
a. bertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan
swasta
b. mendedahkan petugas perkhidmatan awam kepada pengurusan perniagaan

9. Dasar Penswastaan
a. Penswastaan didefinisikan sebagai proses pemindahan kepada sektor swasta aktiviti
dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam
b. bertujuan utnuk: mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan
daya pengeluaran, mempercepat pertumbuhan ekonomi, mengurangkan saiz dan
penglibatan sektor awan dalam ekonomi dan membantu mencapai dasar ekonomi baru

10. Dasar Sains Dan Teknologi
a. bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Sains dan Teknologi sebagai satu alat
untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat
untuk melindungi kedaulatan negara

11. Dasar Pendidikan Negara
a. Mengadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan
penjajah
b. mewujudkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan. sosial, ekonomi dan politiknya.
c. strategi... (rujuk laporan Barnes, Fennwu, Rahman Talib, Razak, Kabinet)

12. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
a. memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkaya dan
memperingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

13. Dasar Penerapan Nilai nilai Islam
a. membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain

14. Dasar wanita negara
a. untuk menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan
sumber dan maklumat selain mendapat peluang dan faedah dari pembangunan

15.Dasar wawasan negara
a. RRJP3 yang merupakan pembangunan dekad kedua Wasasan 2020 telah digubalkan
berasaskan Dasar Wawasan Negara (DWN)
b. Perpaduan merupakan tonggak DWN yang bertujuan untuk membina bangsa Malaysia yang
progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dan melibatkan semua pihak secara
sepakat dan saksama
c. Dimensi:
- membangunkan Malaysia berasaskan masyarakat berpengetahuan ( k- workers)
- menjana pembangunan dari kekuatan tempatan disamping tarikan pelabur asing
- sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang tinggi
- ekuiti bumiputera 30% menjelang 2010

sumber rujukan : nota NUTP Melaka

No comments:

Post a Comment