Wednesday, October 27, 2010

Bila hati berkata kata

Bila hati berkata kata...
itulah nama monolog..
sekeping hati ..
ikut scientificnya ada 2 bahagian ..
left ventricle dan right ventricle..
agaknya apabila kita bermonolog..
mungkinkah left ventricle tengah bersembang atau berbahas dengan right ventricle..
atau ke mungkin hati bersih berbahas dengan hati kotor..
sebelah hati yang putih tengah menegur sebelah hati yang hitam itu jangan buat jahat..
atau malaikat yang hendak mencatat kebaikan kita tengah tawar menawar perkhidmatan dengan malaikat yang mencatat keburukan kita...
subahanallah...
maha suci Allah..
maha Agung Allah..
dalam setiap kejadiannya..
ada fungsi dan peranan sekiranya kita lihat dengan mata hati
yang mana satu akan lebih dominan...
Ya Allah Engkau pimpinlah diriku untuk memberi kekuatan kepada yang terbaik..
biarlah keping hati yang putih dapat lebih dominan kepada keping hati yang hitam..
keping hati yang bersih dapat menyakinkan keping hati yang kotor itu bahawa ia lah yang sepatutnya berbakti kepada tuanpunya badan..
malaikat mencatat kebaikan dapat menyakinkan malaikat pencatat keburukan bahawa aku layak untuk mendapat catatan darinya..
Sesunguhnya apabila hati berkata kata...
satu kekeliruan berlaku..
kekadang sempat membuat rumusan..
kekadang tidak sempat buat rumusan..
sehingga keputusan yang terpancur dari mulut itu kekadang disesali kemudian hari...
Dalam keadaan itu adakah kita perlukan penterjemah....

Saturday, October 23, 2010

Teaching:Your Profession or your Career...

Teaching.....
your profession or your career..
is there a difference between profession and a career..
personally..
all this while i have never thought of teaching as my career or my profession..
maybe i take too much for granted..
i always thought career is your profession..
until i came across an incident which gave me a thought..
hei.. there is a difference between a career and a profession..
and maybe because i have never thought teaching as my career
i seem to take it as my profession...

So what is the difference between a career and a profession..
A career...
when one take teaching as a career then
one would do his best to move forward..
as time goes on ..he would progress..
climbing up the stairs and in due time reaching the top
rankingwise...
it sounds good isn't it..
maybe starting as a non graduate teacher..
he would improve himself by studying and soon become a graduate teacher..
fine.. cos thats what it should be like..
life long education and ever improving..
he would work very hard and maybe with full commitment..
so that he will have a good reputation and good assessment at the end of the year..
working hard so as to get a reward in return..
maybe at the end of the day..
then get promoted step by step..
starting as a senior assistant ..
then on and on until the end become a principal..
gradewise maybe first start as a lowest grade DG29
until finally end up with DG52 or 54...
In the process of going up the steps..
definitely a lot of calculation be done and strategies set..
all calculations and strategies set to his benefit...
for every work done or commitment given..
how can that benefit him...
so in a way everything done with a certain goal ..
the goal set as an ejecting force..
to be seen and heard..
SO IN A WAY WHEN ONE TAKE TEACHING AS A CAREER ONE WILL ALWAYS PUT ONESELF TO BE THE CENTRE OR IN OTHER WORDS SELF CENTERED..
the question constantly asked will be ..
how does this benefit me..
one will manipulate every success to one's benefit..
reading every students success as his success..
so when planning a program or project..
how does it accelerate his graph..
everything done for that purpose..

On the other hand when one take teaching as a profession..
then definitely it would be the opposite
it will be more student centered..
when planning a program or project then the main objective will be
how would that benefit the students..
teachers work for the students..
without thinking what benefits would he get..
he would be satisfied after doing wwhat he is suppose to do..
he does his work because that is what is wanted of him..
for the sake of the students..
is sounds ideal..isn't it..
is there such a teacher....
many are actually teachers who are career as well as profession teachers..
nonetheless there are some who are more prompt to be career teachers..

Let me give one situation..
teaching your students painting...
Response 1:
if you ask yourself back by asking these questions..
"how does painting benefit my students..
who is going to buy these students' painting...
then you give your answer as...
well painting is just fun for them..
it is what they like to do..

Response 2:
if you ask yourself...
i give them to do painting..
it is something they like to do..
they are having fun..
but at the same time painting is a hidden talent..
who knows you will be able to detect some one with that talent..
you teach them the skills of painting..
and you tell your students ..
one day when you grow up you can take up painting as your career..

According to my definition:
Response 1 is career teacher and response 2 is a profession teacher
(Note: profession ..NOT... professional. Refer to the topic Teaching your career or profession)

Why...
Response 1 finds out that by doing painting there is nothing that they can gain other than just having fun and doing what they like to do. So that nothing gain means it does not become an accelerating factor to the teacher's graph. So he would let them be..Just imagine if the student can become a popular artist while under the care of this teacher..definitely it becomes a boost to the teacher and his graph.. then it would be a different scene all together.

Why does response 2 is a profession teacher according to my definition..
The students are having fun and doing what they like to do..
THEN ONE DAY IN THE FUTURE THE STUDENT CAN TAKE UP PAINTING AS HIS CAREER..
by that time nobody knows who was the one who detected the hidden talent..
the teachers contribution in the forming of a good artist is unknown..
the teacher does not care much if his graph is boosted or not..
for what he cares the student's talent is detected, polished and at the end of the day, the students talent is utilised for his benefit..
That is what teachers are actually for...

Friday, October 15, 2010

PTK Mansuh Jun 2011

PTK Mansuh Jun 2011
tp
akan digantikan dengan penilaian@cara lain..
layan je..
ikut je..
hanya sekadar kenangan soalan utk tk2dg41
banyak mengenai bidang perguruan..
profesion, etika, nilai, prosedur kerja,
tak kurang mengenai tatacara perkhidmatan iaitu PKPA
Persoalan:
1. berapa denda sekiranya tidak mengajar mengikut sukatan pelajaran????
2. elaun baju panas utk pegawai ke luar negara
jawapan : RM1000 utk tempoh sekali 5 tahun ??????
3. tuntutan perbatuan utk dg41 kereta kapasiti 1000 ke atas
jawapan 70 sen
4. elaun gantian tetap bermalan luar ibu pejabat(dlm soalan 2 mlm 10 jam)
jawapan: ????? 2elaun makan + 1 elaun harian .... betul ke????
5. pengetua tegaskan dlm mesyuarat: pakaian formal + menepati masa + bawa buku
perancangan
jawapan: tegas atau akauntabiliti ???????? double barrel...

Wednesday, October 13, 2010

Dasar Pembangunan Negara

1.Sejarah Perkembangan Pembangunan negara
a. Pembangunan era pra Dasar Ekonomi Baru
b. Pembangaunan era Dasar Ekonomi Negara
c. Pembangunan era Dasar Pembanguanan Nasional
d. Pembangunan era Dasar Wawasan Negara

2. 4 jenis rancangan
a. Jangka panjang (10 thn lebih cth RRJP)
b. Jangka sederhana (5 thn cth rancangan 5 thn)
c. Kajian separuh penggal
d. Jangka pendek ( 1 thn cth belanjawan tahunan)

3. Dasar dasar kerajaan
a. Wawasan 2020
b. Dasar Pembangunan Nasional
c. Dasar Perindustrian Negara
d. Dasar Pertanian Negara
e. Dasar Persyarikatan Malaysia
f. Dasar Penswastaan
g. Dasar Pendidikan Kebangsaan
h. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
i. Dasar Sains dan Teknologi Negara

4. Dasar Wawasan 2020
a. Obj: manjadi negara maju mengikut acuan sendiri , rakyat menikmati kehidupan
sempurna dalam masyarakat demokratik,bertoleransi, bermoral, adil, mampu
bersaing. dinamik dan berdaya tahan.
b. W2020 merupakan rangka kerja tindakan( frame work of actions) utk mencapai negara
maju

5. Dasar Pembangunan Negara
a. dilancarkan selepas tamat RRJP dan DEB
b. masih mengekalkan DEB,basmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat,
mengukuhkan integrasi nasional, memajukan sumber manusia, Sains dan Teknologi
teras pembangunan serta perlindungan alam sekitar.

6. Dasar Perindustrian Negara
a. Tujuan sektor perindustrian menjadi punca utama pembangunan negara
b. mengutamakan eksport dan mempertingkat IKS

7. Dasar Pertanian Negara
a.tujuan membentuk sektor pertanian yang cergas dan dinamik
b. Pengerak ialah R&D dalam pasaran, sumber manusia dan keluaran serta perubahan sektor struktur pengeluaran ladang dan pertanian

8. Dasar Persyarikatan Malaysia
a. bertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan
swasta
b. mendedahkan petugas perkhidmatan awam kepada pengurusan perniagaan

9. Dasar Penswastaan
a. Penswastaan didefinisikan sebagai proses pemindahan kepada sektor swasta aktiviti
dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam
b. bertujuan utnuk: mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan
daya pengeluaran, mempercepat pertumbuhan ekonomi, mengurangkan saiz dan
penglibatan sektor awan dalam ekonomi dan membantu mencapai dasar ekonomi baru

10. Dasar Sains Dan Teknologi
a. bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Sains dan Teknologi sebagai satu alat
untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat
untuk melindungi kedaulatan negara

11. Dasar Pendidikan Negara
a. Mengadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan
penjajah
b. mewujudkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan. sosial, ekonomi dan politiknya.
c. strategi... (rujuk laporan Barnes, Fennwu, Rahman Talib, Razak, Kabinet)

12. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
a. memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkaya dan
memperingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

13. Dasar Penerapan Nilai nilai Islam
a. membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain

14. Dasar wanita negara
a. untuk menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan
sumber dan maklumat selain mendapat peluang dan faedah dari pembangunan

15.Dasar wawasan negara
a. RRJP3 yang merupakan pembangunan dekad kedua Wasasan 2020 telah digubalkan
berasaskan Dasar Wawasan Negara (DWN)
b. Perpaduan merupakan tonggak DWN yang bertujuan untuk membina bangsa Malaysia yang
progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dan melibatkan semua pihak secara
sepakat dan saksama
c. Dimensi:
- membangunkan Malaysia berasaskan masyarakat berpengetahuan ( k- workers)
- menjana pembangunan dari kekuatan tempatan disamping tarikan pelabur asing
- sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang tinggi
- ekuiti bumiputera 30% menjelang 2010

sumber rujukan : nota NUTP Melaka

Monday, October 11, 2010

Syukur

Syukur Alhamdulillah..
tak terucap syukur kepada Allah..
Ya Allah ..aku mengucapkan terima kasih kerana pemberianMu..
Engkau masih lagi perkenan doa hambamu yang serba kekurangan dan kerdil ini..
sesungguhnya Ya Allah aku banyak lalai dan terhutang kepada Mu..
aku lalai dalam menjalankan kewajipanku terhadapMu..
aku tidak segerakan suruhanMu..
aku banyak memikirkan akan duniawi..
tetapi Engkau Ya Allah melimpahkan kasihMu kepadaku..
adakah aku kufur nikmat dariMu Ya Allah..
aku memohon ampun dari Engkau atas kelalaianku..
aku mohon ampun sekiranya aku kufur nikmat..
aku mohon perlindungan dariMu..
aku mohon kasih dan belas selanjutnya dariMu Ya Allah..
Ya Allah hanya padaMu aku memohon dan merayu..


Terkenang dan melihat tragedi yang berlaku pada bas ekspres Delima..
pada tarikh semua orang kejar sebagai kenangan 10.10.10..
tanpa perlindungan dari Allah..
tanpa belas kasih dari Allah..
tanpa perkenan dari Allah...
dan tanpa gerakhati yang dikurniakan oleh Allah..
mungkin juga anak gadisku yang tunggal..
merupakakan salah seorang penumpang dalam bas yang malang itu..
nauzubillah...


Ya Allah jauhkan kami dari malapetaka yang menyukarkan..
janganlah Engkau berikan kepada kami dugaan yang berat berat..
kerana kami ini Ya Allah amat lemah untuk menhadapi dugaan dariMu..
kurniakan kami kesejahteraan..
permudahkan perjalankan hidup kami..
permudahkan jalan kami untuk melaksanakan tugas dan kewajipan
yang Engkau telah amanahkan kepada kami..
sepertimana yang telah kami janji pada Mu Ya Allah
semasa mula kejadian kami..
semasa Engkau tiupkan roh kepada jasad kami ..
melalui kejadian dalam rahim ibu kami Ya Allah
semoganya nanti Ya Allah apabila tiba masanya kami menghadapMu..
kami telahpun sebenarnya melaksanakan amanah dengan baik dan sempurna..
supaya kami dapat keredhaan dari Mu Ya Allah..
sesungguhnya kami ingin menjalankan amanah kami
semata mata untuk mendapat keredhaan dariMu
dan mendapat tempat disisiMu di alam syurga yang indah..
Amin...
Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur..
Engkau tabahkan hati ahli ahli keluarga
mereka mereka yang engkau telah panggil untuk menghadapMu terlebih awal dari kami..
Ampunkan dosa dosa mereka...
dan tempatkan mereka ini bersama orang orang yang mendapat kerehdaan dariMu Ya Allah..
Bukakan pintu hati kami yang masih berada di dunia ini untuk lebih mentaati Mu..
Amin...

Kepada kita semua..
hargai sesama kita sementara masa yang singkat di dunia ini masih dapat kita nikmati..

Friday, October 8, 2010

Pengurusan Integriti

1.Takrif rasuah
Rasuah ialah memberi atau menerima sesuatu seperti wang, harta atau khidmat daripada seseorang secara yidak jujur dengan tujuan untuk mendapat sesuatu manfaat bagi dirinya.
2.Kesan rasuah
a. boleh mengugat keselamatan awam
b. menimbulkan ketidakadilan
c. mmbebankan rakyat meninggikan kos sara hidup
d. pengkhianatan amanah oleh mereka yang berkuasa
3. 8 terma rujukan
:perundangan
:sistem dan prosedur kerja
:nilai murni dan etika
:kod etika
:pengiktirafan
:tindakan pengesanan dan punitif
:kawalan dalaman
:tindakan pemulihan
4.Contoh perkara yang terkandung dalam kod etika /tatakelakuan BPR
:percanggahan kepentingan(cth guna jawatan utk lulus projek/peruntukan kpd sdara/kwn)
:pekerjaan luar(perniagaan /jwtn dlm perniagaan)
:keselamatan dan kerahsian maklumat (Akta rahsia Kerajaan)
:membuat kenyataan media dan akhbar
:penerimaan hadiah atau keraian
:kesusahan berat kerana hutang atau meminjam wang(pinjaman dari along)
:menyara hidup melebihi pendapatan rasmi (kaya berlebih2)
:pengisytiharan harta (harta diisytihar setiap 5 tahun)

Dasar Pendidikan kebangsaan

1. Sejarah pendidikan
a.Laporan Brnes 1951
:memperbaikai pendidikan orang melayu
:menubuh sekolah dwibahasa
:sekolah vernakular ditukar beransur kepada sekolah kebangsaan
b. laporan Fenn Wu (dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952)
:melayani kehendak org Cina yg menganggap Barnes menghapuskan bahasa dan budaya Cina
: mengadakan 3 bahasa kepada sekolah venarkular
:mengembangkanb sekolah vokasional
c.Laporan Razak 1956
:menubuhkan satu sistem pendidikan kebangsaan mewajibkan bahasa Melayu dan inggeris dalam sek rendah dan men
:sukatan pelajaran yang sama
:penubuhan maktab perguruan seberang laut dan dalam negara
d. Laporan Rahman Talib 1960
;pendidikan rendah secara percuma dan naik kelas secara automatik
:menyediakan pengajaran agama dan moral
:bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama
:menujudkan biro buku teks
e. Laporan Kabinet 1070
:menyamaratakan peluang pendidikan
:memperkenalkan KBSR dan KBSM

protokol dan etiket majlis

TERTIB PERKENALAN

1) Prinsip Perkenalan
• Perkenalkan lelaki kepada wanita.
• Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
• Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.
• Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

2) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-
• Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
• Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
• Jangan melebihi empat warna pada satu masa
• Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
• Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
• Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
• Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
• Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
• Rambut hendaklah tersisir rapi.
• Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
• Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
• Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’


3.PANGGILAN HORMAT


Panggilan
Seri Paduka Baginda (SPB) - Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda(SPB) - Raja Permaisuri Agong

Duli Yang Maha Mulia(DYMM) - Sultan/Yang Dipertuan Besar/Raja Negeri-Negeri
(DYMM) - Sultanah/ Tengku Ampuan/Tuanku Ampuan

Yang Amat Mulia(YAM) - Anak-Anak Raja Yang Memerintah
Tuan Yang Terutama (TYT) - Yang Dipertua Negeri
Yang Yang Amat Berbahagia - Isteri Yang Dipertua Negeri
(YABhg)
Yang Amat Berhormat (YAB) - Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri/Menteri Besar/
Ketua Menteri
(YABhg) - Isteri
Yang Berhormat (YB) - Menteri/Timbalan Menteri/Setiausaha Parlimen
YBhg. - Isteri
Yang Berhormat (YB) - Yg Dipertua Dewan Negara dan Rakyat/ Timbalan Yg
Dipertua Dewan/Ahli Dewan Negara/Ahli Dewan Rakyat/
Ahli Dewan Undangan Negeri
YBhg. - Isteri
Yang Amat Arif(YAA) - Ketua Hakim Negara
YBhg. - Isteri
Yang Arif(YA) - Hakim Besar/Hakim Mahkamah Agung/Mahkamah Tinggi
YBhg. - Isteri
Yang Berbahagia(YBhg.) - Peguam Negara
(YBhg.) - Isteri
Yang AmatBerbahagia(YABhg) - Tun
YABhg. - Toh Puan
Yang Berbahagia (YBhg) - Tan Sri
(YBhg.) - Puan Sri
Yang Berbahagia(YBhg) - Dato'/Datuk YBhg. - Datin
Yang Mulia(YM) - Tengku/Raja/Ungku/Tunku/Ku
Tuan - Syed/Sheikh/Haji
Puan/Cik - Syarifah/Siti/Hajjah

4.4 Prinsip Susunan

Prinsip 1
SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah mengikut Susunan Keutamaan.
2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.
3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2
JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD
1. Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.
2. Jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12
Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3
TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT
Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara.

Prinsip 4
ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI
1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri.
2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Saturday, October 2, 2010

PTK Persediaan

Kepada semua yang akan mengambil PTK pertengahan Okt ni..
ini link yang boleh dicapai untuk mendapat contoh soalan..
walaupun pelbagai dan releven atau tidak..
but good practice
@http://www.teachersrock.net/ptk1.htm
Selamat mencuba

Technology

An old grandma just wanna know
how long does it take for
an abandon email page will automatically be close???
if the email page has been closed down..
if i were to send my email to that address
will my email fail to sent or not
if the email was successfully sent
does that mean that email address is still valid
i was once told that an email page will automatically be close
after 3 months being abandon..
Betul ke??
ada tak sesiapa blog walker yang boleh jawab??
Kenape kadang kadang email page kite menjadi kucar kacir
adakah email page kita boleh dihijack gak
kadang ada kala kita iminta beri no kad pengenalan le..
nombor akaun le..
adakah mungkin pihak yang berniat jahat boleh hack email kite..
nenek ni agak buta IT
cubale buka email..
kalau tak percaya cakap nenek..