Disayangi..
sangat manis dan bahagia..
Menyayangi..
sangat indah dan seronok..
disayangi..
subjek dijadi objek
menyayangi....
subjek tetap subjek..
Apakah akhiran yang sesuai...
jawapannya..
terpulang kepada calon peperiksaan..
pilih jawapan A,B,C atau D.
Tandakan jawapan anda dengan menghitamkan pada kertas jawapan yang disediakan..
pilihan betul dapat gred Apple...
jawapan salah dapat gred Elephant...
Gred Apple akan naik kelas tahun depan..
Gred Elephant masuk detention class..
Nasihat kepada calon:
Baca dengan teliti sebelum menjawap soalan..
ingat akan ulangkaji yang telah dibuat..
jangan lupa fakta fakta dalam nota yang telah dibekalkan..
latih tubi yang telah dibuat berkali kali patut sudah memberi pendedahan..
segala persediaan telah dibuat..
melangkah dewan peperiksaan dengan baca bismillah..
selawat nabi apabila blurr..
pijam mata... tunggu sehingga tenang balik..
ingat sebelum periksa telah dibekal dengan pensel, pemadam serta peralatan baru..
lepas itu baru jawap soalan..
dah tanda jawapan anda..
pastikan segala butiran telah diisi dengan betul..
hantar kertas jawapan..
lepas itu tawakal sahaja ..
tunggu keputusan dalam masa terdekat..
SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA..
No comments:
Post a Comment