Wednesday, September 29, 2010

God's Special Child

I'm sending you a special child
to cherish in my name
For you to love with all your heart
And teach him just the same
For he is not like other babies, nor will ever be
But you can love him just the same
And take care of him for me
He may not hear, see or run, or learn as others do
But he'll be yours
And he will take all his guidance from you
The road is hard
He'll break your heart. you'll cry a million tears
But i promise when he smiles at you
The pain will disappear
I know you will cry "why him, why us"
But i needed teachers true
And that is why with care and trust
I've selected you
So please don't turn back on him
Although he may be slow
If you accept him as he is
Then together you will grow
He needs to learn the skills of life
For that i've choosen you
And with your love to guide him
I know you will see him through
Don't try to see the future
I promise that to no one
Just live each day for all its worth
And enjoy my special one

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma dan Etika Murni (samb)

4. Etika kerja Islam
a. bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
b. Bekerja dengan amanah dan ikhlas
c. bekerja dengan tekun dan cekap
d. semangat gotong royong
e. bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

5. Dasar dan program penghayatan sikap dan nilai
a. Teras perkhidmatan Awam
b. Bersih Cekap dan Amanah
c. Penerapan Nilai nilai Islam
d. Kepimpinan Melalui Teladan
e. Pemakaian Tag nama
f. Kad Perakam Waktu
g. Pekeliling Kemajauan Pentadbiran Awam

6. Tonggak 12 (Nilai dan ciri)
6.1 Menghargai masa: segerakan tindakan/tepati masa/rancang masa@tugas
6.2 Ketekunan membawa kejayaan: bersemangat gigih/berdisiplin/dedikasi
pandang jauh/inovatif dan kreatif
6.3 Keseronokan bekerja: kerja adalah ibadah/menghasilkan sesuatu yg berfaedah/komitmen
terhadap kerja/sedia bekerjasama
6.4. Kemuliaan kesederhanaan: tidak membazir/adil/sikap terbuka/berjimat cermat
6.5 Ketinggian Peribadi: bersopan santun/amanah/saling menghormat/sedia membantu
6.6 Kekuatan sifat baik hati: adil.Sedia menerima teguran/bertimbangrasa/prihatin terhadap kebajikan

6.7 Pengaruh teladan: berkelakuan baik/amanah/telus dalam prosedur/bermoral tinggi
6.8 Kewajipan menjalankan tugas:bertanggungjawab/ tekun dan sabar/mengutamakan
peningkatan kerja
6.9 Kebijaksanaan berhemat: tidak membazir/bertanggungjawab harta kerajaan/berjimat
6.10 Keutamaan kesabaran: sedia menghadapi tekanan/tidak mudah putus asa/sedia
menyahut Cabaran
6.11 Peningkatan bakat: multiple intelligence/cth konsep persyarikatan Malaysia
6.12 Nikmat mencipta: kreatif/idea literal/

Monday, September 27, 2010

disayangi dan menyayangi

Disayangi..
sangat manis dan bahagia..
Menyayangi..
sangat indah dan seronok..
disayangi..
subjek dijadi objek
menyayangi....
subjek tetap subjek..
Apakah akhiran yang sesuai...
jawapannya..
terpulang kepada calon peperiksaan..
pilih jawapan A,B,C atau D.
Tandakan jawapan anda dengan menghitamkan pada kertas jawapan yang disediakan..
pilihan betul dapat gred Apple...
jawapan salah dapat gred Elephant...
Gred Apple akan naik kelas tahun depan..
Gred Elephant masuk detention class..
Nasihat kepada calon:
Baca dengan teliti sebelum menjawap soalan..
ingat akan ulangkaji yang telah dibuat..
jangan lupa fakta fakta dalam nota yang telah dibekalkan..
latih tubi yang telah dibuat berkali kali patut sudah memberi pendedahan..
segala persediaan telah dibuat..
melangkah dewan peperiksaan dengan baca bismillah..
selawat nabi apabila blurr..
pijam mata... tunggu sehingga tenang balik..
ingat sebelum periksa telah dibekal dengan pensel, pemadam serta peralatan baru..
lepas itu baru jawap soalan..
dah tanda jawapan anda..
pastikan segala butiran telah diisi dengan betul..
hantar kertas jawapan..
lepas itu tawakal sahaja ..
tunggu keputusan dalam masa terdekat..
SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA..

Saturday, September 25, 2010

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma dan Etika Murni

1. Nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam
a. Adil dalam perlantikan (berkaitan perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan jawatan)
b. Amanah Dalam menjalankan Tugas (menyerahkan kepada yang berhak, menggunakan masa dgn terbaik)
c.ikhlas –bekerja secara berterusan tanpa memikirkan tentang ganjaran( tidak menunjuk.tidak memilih tugas hanya ada kaitan dengan kenaikan pangkat, tidak mengira waktu
(vs..Tidak ikhlas): kerja hanya jika ada ketua,memilih bertugas dgn cara memilih masa, tempat dan orang yang member arahan
d. dedikasi- tanpa upah tambahan tp lebih kepada kerja cepat, berkesan dan berkualiti, minat dan sedia menerima bimbingan utk peningkatan diri,tanpa rasa jemu/bosan,tidak putus asa, sanggup menghadapi cabaran dan persaingan
e. Tekun – melaku kerja dengan sabar mencapai matlamat seperti yang dirancang,member penumpuan mengutamakan kepentingan tugas, berkorban masa dan tenaga, meningkatkan mutu ke tahap cemerlang
f. berdisiplin – bertamadun tinggi dan menghasilkan mutu kerja cemerlang, mematuhi peraturan dan arahan, pegangan agama tinggi, menjaga imej
g.bekerjasama- kerja harmoni, aman ,gembira, menjaga kebajikan dan kepentingan sejagat, hubungan baik dan sikap saling bantu membantu di antara lain
g. bersyukur – diberikan ganjaran sewajarnya , syukur antara makhluk dgn pencipta dan antara makhluk dengan makhluk. Tidak bersyukur= sentiasa tidak cukup dan memprotes tidak dedikasi.
h. Berbudi mulia- peramah,suka membantu
*Rumusan: Keyword
Adil….pilih kasih
Amanah……menyerah kepada yang berhak
Ikhlas…….kerja berterusan tanpa ganjaran lebih
Dedikasi…..kerja cepat,berkesan dan berkualiti
Tekun………memberi penumpuan, berkorban masa
Berdisiplin….. mematuhi peraturan
Bekerjasama….hubungan baik dan sikap bantu membantu
Bersyukur……. Diberikan ganjaran sewajarnya
Berbudi mulia….. peramah, suka membantu


2. Nilai Murni (berasaskan ajaran agama) etika dilaksanakan:
a. bekerja dengan penuh keazaman ( setiap kerja itu mulia)
b. bekerja dengan ikhlas dan amanah ( bekerja dengan penuh kerelaan dan suci hati)
c. bekerja dengan tekun dan cekap ( meningkatkan kecekapan)
d. bekerja dengan semangat gotong royong dan bersepadu fikiran ( bekerja secara berkumpulan)
e. bekerja dengan matlamat kebaikan manusia sejagat (maju undur sesbuah Negara)


3. Etika Kerja- diperkenalkan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat.
a. berazam meninggikan mutu perkhidmatan
b. bekerja dengan penuh tangungjawab
c. berusaha mengikis sikap mementingkan diri
d. berkhidmatan dengan penuh muhibbah dan kemesraan
e. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
f. bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh Negara
g. berpegang teguh kepada ajaran agama

Friday, September 24, 2010

Bhg B Pentadbiran / pengurusan system organisasi (samb)

7.Kumpulan Meningkat Mutu kerja (KMK)
a. KMK adalah sekumpulan kecil pekerja (6-10orang) dari sebuah unit yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Mereka mencadang penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan untuk seterusnya melaksanakan keputusan yang dipersetujui.
b. Prinsip KMK: pekerja dianggap sebagai sumber penting,penyertaan semua peringkat secara berkumpulan, kreativiti digalakkan,projek berkaitan tugasan harian
c. Syarat pelaksanaan KMK: kewujudan struktur,latihan berkesan,system pengiktirafan yg berkesan.

8. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM- Total Quality Management)
a. Proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan
b. Matlamat: kepuasan hati pelanggan,output tanpa cacat,output yang sentiasa tepat
c. focus: system dan proses,budaya dan organisasi,pelanggan dan pembekal
d. Strategi: pembaikan yang berterusan, melibatkan seluruhan organisasi, tindakan strategic, berorientasikan matlamat jangka panjang, pengawalan kos, tindakan pencegahan dan penyelesaian masalah secara sistematik
e. Pelaksana: pengurusan atasan, seluruh kakitangan, pasukan kerja

9. factor yang mempengaruhi produktiviti
a. tenaga manusia
b. system dan prosedur( system fail, manual prosedur kerja, fail meja)
c. struktur organisasi( pengagihaan tugas, akauntabiliti, komunikasi,bidang kuasa,perjawatan)
d. gaya pengurusan ( orientasikan output,gaya autokratik/bebas/demokratik)
e. persekitaran kerja (dalaman e.g susunatur pejabat, perabot, kebersihan, kemudahan, riadah)
f. teknologi (peralatan elektronik)
g. bahan berkualiti (bahan binaan),elak pembaziran ,kelengkapan modal (jentera)

10. Perkhidmatan telefon yang berkualiti
a.mesra,suara,senyum,elak macam bosan,ingat nama pemanggil,membantu,ambil pesasan
b. susun panggilan mengikut giliran,bunyikan muzik yg dirakamkan
c. persediaan: berada 5 minit lebih awal, borang dan pen, buku pergerakan staf
d. jawab telefon sebelum deringan kedua atau selewat lewatnya deringan ketiga
e. mulai ucap selamat, nama organisasi dan nama sendiri .

11.Manual Prosedur Kerja(MPK) …… Fail Meja (FM)…
a. Manual Prosedur Kerja adalah rujukan rasmi jabatan /pejabat secara menyeluruh yang mengandungi sejarah,rasional penubuhan, objektif, fingsi,prosefur dan pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur. Ia mendokumentasikan proses kerja dan peraturan kerja.Setiap jabatan ada sat MPK.( Adakah buku panduan di sekolah kita tuh MPK sekolah kita???)
b. Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di atas meja pegawai. Ianya merupakan panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seorang individu setiap hari.
***** Panduan bagi jabatan ialah MPK … Panduan bagi individu pegawai ialah FM*******
c. faedah: sebagai prosedur dan peraturan,mewujudkan keseragaman dalam kerja, peraturan pejabat dipatuhi, memendekkan masa latihan pegawai baru, menyenangkan pertukaran dari satu jabatan ke jabatan lain, mengurangkan arahan lisan, menjelaskan kuasa dan hubungan pekerja dan pegawai atasan.

Bhg B Pentadbiran / pengurusan system organisasi

1. Peningkatan produktiviti
a. Tahap produktiviti boleh dinyatakan dalam bentuk kos seunit output @ masa bagi menghasilkan @ jumlah gunatenaga bagi menghasilkan seunit output.
b. Bidang inovasi boleh dalam bidang teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga,kos dan masa @ peningkatan penghasilan kerja.
c. criteria penilaian: pengurangkan kos operasi @ penjimatan masa @ peningkatan penghasilan kerja @ peningkatan kepuasan hati pelanggan.
d. Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia(MAMPU) bertindak sebagai urusetia Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.
e. sesbuah institusi akan dilawati oleh Panel Pelawat untuk membuat penilaian.
f. Produktiviti bermaksud menggunakan segala input yang telah diperuntukkan kepadanya dengan maksimum dan cekap
g. Keberkesanan dinilai dengan membandingkan kuantiti output yang sebenar dengan kuantiti matlamat sesebuah jabatan
h. Kualiti ditunjukkan dengan membandingkan output dengan planggan yang menjadi sasaran
i. Proses menukarkan bahan bahan mentah untuk mengeluarkan out dinamakan transformasi.proses transformasi memerlukan pengurusan yang cekap.
j. factor yang mempengaruhi produktiviti: tenaga manusia/system prosedur/struktur organisasi/gaya pengurusan/persekitaran kerja/teknologi/bahan/kelengkapan modal

2. Pengukuran Produkitiviti peringkat organisasi
a. 4 langkah dalam mengukur produktiviti:
- mengenalpasti output utama
- menentukan petunjuk produktiviti
- mengumpul data
-menilai tahap produktiviti
b. Jenis output yang boleh dihasilkan oleh seorang pegawai:
-kertas kerja/laporan/ceramah/penguatkuasaan

3. Panduan mengenai mesyuarat pagi
a. Sejarah- mula diperkenalkan pada rancangan Malaysia pertama semasa perlaksanan Sistem Buku merah tujuan untuk memupuk semangat mengutamakan kepentingan nasional bagi menyelesaikan secara on the spot masalah perlaksanaan terutama pengeluaran lesen dan permit untuk tindakan segera.
b. Agenda mesyuarat pagi: perutusan pengerusi/perlaksanaan program/lain lain hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran dasar.
c. Fungsi mesyuarat pagi:mengkaji kedudukan semasa/mengenalpasti masalah/mengambil tindakan tunggakan kerja/menentukan tindakan penyelesaian.

4. Perkhidmatan cemerlang
a.takrifan: perkhidmatan/ penghasilan melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

5. Piagam Pelanggan
a. Piagam pelanggan ialah satu komitment bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti,cepat,cekap dan mematuhi kehendak pelanggan
b. Strategi untuk penilaian: cepat = masa….. cekap=kos………memenuhi kehendak pelanggan =kualiti



6. Perkhidmatan kaunter
a.PK merupakan perkhidmatan barisan hadapan pengurusan. Kecekapannya akan memendekkan masa menunggu pelanggan
b. PK mengandungi 3 bhg: bhg hadapan kaunter(pelanggan),bhg kaunter(pegawai khidmat) belakang kaunter(khidmat sokongan)
i. bhg hadapan: papantanda dan tunjukarah yg baik,kaunter pertanyaan(staf berpengalaman,boring/risalah/panduan),tempat menunggu yang selsesa(selesa,tv,bahan bacaan,toilet)
ii. bhg kaunter: mengikut system giliran contoh system nombor.
iii. khidmat sokongan: peranan pengurusan yang mementingkan pelanggan dan staf sokongan yang perlu mematuhi standard prestasi yang ditetapkan.

Sunday, September 19, 2010

PTK Generik Umum Nota ringkas Bab D Tatatertib

BAB D TATATERTIB
1. Pemilikan harta- harta yang dipunyai oleh suami @ isteri sama ada hendak dilupus atau diperolehi mesti diistiharkan (soalan PTK - tidak termasuk harta anak)
2. Keberhutang serius- apabila hutang ialah 6 bulan emolumen bulanannya – boleh dikenakan tindakan tatatertib
3. tidak boleh melibatkan diri dalam pasaran komoditi
4. tidak boleh menulis mengenai rahsia terperingkat
5. Kenyataan awam hanya boleh diberikan dengan kebenaran bertulis
6. Larangan sebagai penyunting
7. Politik- tidak boleh memberi kenyataan, tulis buku , merayu undi atau sebagai agen pilihanraya. Kecuali kepada pegawai yang bercuti sebelum bersara tp kena ada kebenaran bertulis
8. boleh minta bantuan guaman sekiranya berkaitan tugas
9. syarat pembuangan kerja atau turun pangkat – amaran diberikan secara bertulis kecuali jenayah
10. prosedur bukan turun pangkat:
: mesti ada prima facie- surat dihantar , bela diri secara bertulis dalam tempoh 21 hari
: pegawai penyiasat terdiri dari 2 orang pegawai (ketua jabatan tidak boleh jadi pegawai Penyiasat)
:pegawai diminta membela diri dengan kehadiran saksi
: pegawai mesti diberi surat bertulis (sekiranya tidak hadir sesi penyiasatan ditunda ke tarikh lain)
: pihak berkuasa tatertib boleh jatuhkan hukuman
11. Ketidakhadiran dan tidak boleh dikesan- ketua jabatan menghantar surat berdaftar Akuan Terima. Selepas 7 hari tudak hadir boleh buang kerja.dan seterusnya buang emolument
12. Jenis hukuman: amaran/deda/lucutkan hak emolument/tangguh pergerakan gaji/turun gaji/turun pangkat/buang kerja
13. denda / lucut hak emolument bersamaan dengan 7 hari emolument. Sekiranya berlaku 2 kali dalam sebulan pemotongan tidak lebih dari 40% emolument
14. Penangguhan gaji dalam 3@6@9@12 bulan dilaksanakan dalam pergerakan gaji yang berikutnya dan tarikh pergerakan gaji adalah pergerakan yang paling hamper selepas habis hukuman sehingga gaji maksimum
15. Penurunan gaji- secara mendatar dalam peringkat yang sama tidak boleh lebih dari 3 pergerakan dan tempoh tidak kurang dari 12 bulan tp tidak lebih dari 36 bulan.
16. penurunan pangkat- gred lebih rendah dalam gred yang sama dengan gaji rendah yang paling hampir dengan gaji terakhir
17. tahan kerja- kerana kesalahan jenayah@ tindakan tatertib dengan tujuan buang kerja,layak menerima ½ dari emolument
18. penggantungan kerja- kerana kesalahan jenayah/perintah tahanan, akibatbya tiada emolument diterima
19. Tindakan surcaj akan dikenakan sekiranya berkaitan Akta Prosedur Kewangan

Wednesday, September 15, 2010

PTK Generik Umum Nota Ringkas : Bab C Cuti

C. Bab C- Cuti
1.cuti separuh gaji:- setahun 30 hari tp tidak melebihi 180 hari@ 14 hari atas dasar kesihatan sanak saudara terdekat
2. cuti tanpa gaji:- dibenarkan slps 6 bulan kerja@ 30 hari bg setiap tahun perkhidmatan tp tidak melebihi 360 hari
3. cuti sakit swasta tidak melebihi 2 hari berturut dan tidak melebihi 15 hari setahun
4.cuti sakit:- sekiranya lebih 45 hari setahun selama 3 tahun berturut, perlu buat LAPORAN Lembaga Perubatan.(maksimum cuti ialah 90 hari)

5. Cuti sakit lanjutan:- tidak melebihi 3 bulan.Sekiranya perlu boleh gunakan jenis cuti yang layak baginya(cuti sakit + cuti rehat+cuti separuh gaji selama 130 hari + cuti tanpa gaji)*maksud bukan mudah utk diberhentikan kerja*
6. Elaun bantuan diberikan sekiranya cuti tanpa gaji iaitu separuh gaji dengan kelulusan.
7. Cuti jaga anak 90 hari slps 60 hari( makna 60 hari bergaji dan 90 hari tanpa gaji..awas perangkap soalan ptk.. cuti bagi ibu selepas bersalin ialah cuti tanpa gaji jaga anak anak dan bukan cuti tanpa gaji bersalin)
8. cuti isteri bersalin diberikan kepada lelaki secara automatic selama 7 hari (termasuk hujung minggu atau cuti umum)
9. cuti kecederaan diberikan pegawai yang cedera semasa tugas sehingga pulih atau dibersarakan. Diluluskan oleh kuasa tertentu(tidak melebihi 90 hari) diberi saguhati dan pampas an orang bekerja.
10. Jenis cuti
a. cuti kusta – 24 bulan
b. cuti tibi - 12 bulan
c. cuti haji – sekali dalam perkhidmatan selama 40 hari
d. cuti akademik – hapuskan segala cuti rehat (sekiranya kursus lebih 12 bulan tiada cuti rehat)
e. cuti perayaan
f. cuti gantian- diberika kepada pegawai yang dipanggil bertugas( cth PAR bertugas pada hari sabtu sekolah ganti akan dapat cuti pada hari lain sebagai ganti)
g. Cuti menghadiri latihan – tanpa rekod selama 14 hari ditambah 2 hari utk pergi dan balik
h. cuti tanpa rekod- utk mesyuarat agung,seminar,sekolah latihan semangat,perhimpunan belia, kesatuan sekerja,pemegang jatawan dalam syarikat kerjasama (selama 2 bln),mesyuarat persatuan iktisas, mengambil bahagian dalam sukan, ahli majlis pertandingan.
i. cuti sekolah – guru boleh dipanggil bertugas tidak melebihi ½ dari cuti dalam setahun
j. Cuti separuh gaji- 30 hari setiap tahun perkhidmatan tidak melebihi 180 hari atas kesihatan diri/sanak saudara terdekat/lawatan sambil belajar ke luar Negara.

PTK Generik Umum Nota Ringkas Bab B: Elaun

B. Elaun
1. bermalam di luar ibu pejabat layak loging/elaun hotel/makan/loging drebar(soalan PTK)
2. elaun hotel tidak boleh dibayar sekiranya 3 bulan berturut
3. elaun makan diberikan sekiranya bertugas lebih dari 24 jam dengan kadar sarapan 20% daripada kadar kelayakannya dan makan tengah hari 40% .(soalan PTK)
4. elaun perjalanan kenderaan: boleh dituntut oleh pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk tugasan berdasarkan perbatuan
4. penggunan kenderaan sendiri penyengeraan bukan tanggungjawab kerajaan(soalan PTK)
5.elaun harian diberikan kepada pegawai yang menjalankan tugas lebih dari 8 jam tp kurang dari 24 jam dengan kadar ½ dari kelayakan elaun makan (soalan PTK)
6.perpindahan rumah dalam stesen (33 km) diberikan secara lump sum (elaun makan,loging,hotel,pengangkutan termasuk tambang orang gaji, pemberian perpindahan)
7.pegawai berkahwin boleh tuntut bujang lps tu tuntuk keluarga apabila perpindahan keluarga
8.tambang kapalterbang(luar negara) untuk pegawai gred khas C boleh naik kelas Satu lain lain kelas ekonomi.
9.elaun tambang jarak melebihi 240 km layak tambang kapal terbang@keretapi. Pegawai boleh ambil tambang gantian sama nilai dengan tiket tp tidak layak tuntut perjalanan ke lapangan terbang @ stesen keretapi (soalan PTK)
10.penempatan pertama layak tuntutan elaun yang dilayaknya (tambang, harian atau makan,loging)
11.pesara boleh tuntut pemberian pindahan dari tempat kerja ke tempat dia nak bersara berdasarkan gaji terakhirnya
12.pegawai yang dibenarkan mengambil peperiksaan@menghadiri temuduga kenaikan pangkat layak membuat tuntutan seperti ia menjalankan tugasnya.
13.pegawai bertugas di luar kawasan boleh memohon elaun pendahuluan diri
14.pegawai mendapat rawatan luar stesen layak membuat tuntutan sama seperti semasa ia menjalankan tugas
15.lain lain elaun:- elaun protocol semasa persidangan, pegawai disapinakan, istiadat pengurniaan
16.kemudahan pengurusan jenazah bagi kakitangan yang meninggal dalam perkhidmatan
17.insentif perkhidmatan kurikulum e.g PPSMI graduate 5% dan non graduate 10%

PTK Generik Umum : Nota Ringkas Bab A: Perkhidmatan

PTK KOMPETENSI UMUM : Nota Ringkas
Bab A : Pengambilan, perlantikan, kenaikan pangkat, tamat kerja, persaraan
1. Bukan warganegara hanya sebagai kontrak
2. Bekas pegawai tidak boleh dilantik kecuali dengan kebenaran
3. Boleh diberhentikan kerana: salahlaku/gagal/dasar pengurangan
4. Tarikh lahir 29.2 menjadi 1.3
5. Perjawatan dalam perkhidmatan diumumkan melalui pekeliling
6. Pekerja kontrak untuk tamat mesti diberitahu 6 bulan sebelum habis kontrak
7. Pengiklanan perjawatan mesti ada: - nama dan taraf jawapan/Tanggagaji
/kelulusan dan kelayakan/Tarikh tutup/Alamat
8. Pegawai kerajaan memohon jawatan melalui ketua jabatan(awas soalan PTK)
9. Tawaran jawatan perlu menyatakan nama jawatan,gaji,tempoh percubaan , berpencen
10. Dalam tempoh percubaan apabila tempoh dilanjutkan gaji berdasarkan gaji akhir
11. Untuk urusan pengesahan perlu hadir kursus induksi dan perakuan dari ketua
jabatan,menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk urusan pengesahan(soalanPTK)
12. Perlantikan bagi pegawai tetap adalah bermula dari tarikh sementara
13. Tarikh kenaikan gaji bagi pegawai yang tidak lulus adalah satu haribulan
selepas lulus atau tahun berikutnya
14. Penamatan perkhidmatan : -sekiranya menyembunyi taraf kesihatan/dalam tempoh percubaan dan gagal disahkan/dilakukan oleh pihak yang lebih tinggi dari pihak yang melantik .tempoh membela diri semasa penamatan perkhidmatan ialah 3 bulan.(Soalan PTK)
15. kakitangan yang berhutang mesti jelaskan hutang sebelum ditamatkan perkhidmatan
16. Pencen pilihan : lelaki 50 tahun, perempuan 45 tahun(soalan PTK)
17. Perempuan berkahwin boleh dipencenkan sekiranya mengganggu tugas. kelayakan ganjaran 3/4 bulan gaji bagi tiap tahun genap perkhidmatan tidak melebihi 9 bulan gaji di atas gai pokok atau 1 tahun kalau gaji bersih.

At last

Selepas 1 minggu tak update blog ni..
rasanye perlu gak update sikit..
klau tak nanti akan bersawang le ia..
sebenarnya semua benda yang ada perlu diupdate selalu..
tak kira apa pun..'
ilmu di dada..
sikap dalam masyarakat..
attitude di antara kita..
semua perlu diupdate supaya ianya tidak menjadi jumud..
supaya ianya boleh digunapakai selalu..
apabila kita tidak rajin update diri kita..
maka akan menjadi jumud dan takut orang akan bosan dengan kita..
always refresh yourself..
untuk kekal relevan..
pengalaman berhari raya..
buat diri ini berfikir semula..
apakah yang patut dilakukan selepas ini..
adakah berbaloi untuk meneruskan projek mega yang dirancang..
i think not..
better to love yourself and not love others more..
unless of course if you are able to get enough love in return..
but if it is you who offer your love and with not worth a while response..
then you better think for yourself more..
love yourself before you love others..
it is not worth the sacrifice when you don't get what your love is worth for..

Saturday, September 4, 2010

"Stand by Me" - Andy, Jon Bon Jovi, Richie Sambora & Friends



real harmony
So darling darling stand by me
ohh stand now
stand by me
if the sky that we look upon should trumble and fall
or the mountainds trumble to the sea
i won't cry..
i won't shed a tear..
so long as you stand by me.
Ohh..darling would you stand by me
Whenever you are in trouble
you can stand by me..
won't you stand by me
ohhh stand by me..
darling... darling stand by me..
ohh stand by me..
please..please stand by me..

*definetly not the entire lyrics..
just to highlight..
main ones...
this is real harmony..
just fantastic..and very catchy..
makes you feel light and...cheerful..
Happy Day...

Friday, September 3, 2010

Salam Raya

Sangat klise...
cuti sebelum raya semua berbaris..
selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
yang tersirat atau tersurat..
yang dalam atau luar..
yang nampak atau tak nampak..
jawapan : sama sama kita..
0..0 ye..
ohhh sungguh stereotype..
tapi .......
ikhlas ke..
tidak masih tersimpan ke yang berat berat..
boleh terhapus ke hanya dengan meminta maaf..
apabila maruah dan reputasi tercalar..
boleh ke dimaafkan hanya dengan memohon maaf..
rasanye.. banyak dari apa yang dibuat hanyalah adat aje..
sejauh mana ikhlasnya...
hanya tuanpunya badan sahaja yang tau..
sebab pada pendapat saya yang serba kekurangan ini..
bukan memohon maaf itu yang dinantikan..
tetapi
lebih kepada janji pada diri sendiri
tidak melakukan kesalahan kepada orang lain..
sentiasa perihatin kepada perasaan orang lain..
sebab sekali hati dan perasaan terguris
bukan semudah memohon maaf yang boleh hapuskan luka itu..
mulut boleh berkata sama sama kita memohon maaf..
tapi ada tak jawapan orang yang mengatakan aku memaafkan..
rasa rasanye jarang sekali jawapan
aku memaafkan segala kesalahan kau kepada aku..
yang kita jumpai ialah sama sama kita minta maaf..
adakah ini bermakna kita sama sama nak beritahu yang kita sama sama bersalah..
adakah mampu kita memaafkan orang yang pernah melukai hati dan perasaan kita..
atau adakah kita boleh memaafkan orang yang mencalar maruah kita..
oleh itu pada pendapat saya..
sekiranya kita tidak berkemampuan untuk memaafkan orang yang pernah bersalah kepada kita dalam degree yang agak berat..
rasanya tidak perlu untuk menyebut mengenai kemaafan ..
takut nanti kita menjadi berpura pura dan jatuh munafik..
cukup le sekadar mengucapkan selamat hari raya..
sekiranya hati sangat mulia dan betul betul ingin memaafkannya..
mungkin keadaanya berbeza..
mungkin anda akan menyatakan sedangkan
nabi memaafkan umatnya..
persoalannya kita sekelumitpun tidak sebaik nabi..
kita manusia biasa yang penuh dengan kelemahan..
kemuliaan jauh sekali..
jadi adakah kita akan terus dengan kepuraan puraan ini..
sebab hanya diri anda tahu apa yang tersirat di hati sanubari masing masing..
kalau ianya hanyalah adat..
maka sekadar mengucap selamat hari raya mungkin sudah memadai..
renung renungkan..
dan selamat beramal..

Thursday, September 2, 2010

Welcome September

2nd September..
just 2 days in the month of september..
and just a week before fasting month ends..
today..
after 28 years in service..
i am going to get a show cause letter..
wow...
how would it be..
i just hope it is not that serious..
simply cos of taking things too much for granted..
did not punch out for the last 2 months or so..
at times punch out..
at times just go off so as if tidor kat sekolah..
pengetua nak dapat kenaikan pangkat..
mestinya ada pemantauan..
terkantoile kita yang tak punch out..
senarai nama keluar..
ini mungkin termasuk dalam aspek pengawalan kakitangan bawah jagaan..
hihihi padan muka siapa suruh ambil mudah..
satu team pendidikan khas terkena..
hahaha...
mula mula dulu baik dan patuh kepada arahan..
walau macam mana jauh sekali mesti punch out..
tapi sejak tengok kawan elok je tak punch out..
maka terikut le..
tu le tuhan sayang kepada kita ..
tak bagi kita buat jahat lama lama..
kan terkena peringatan dah...
lain kali jangan buat lagi...
ehh..ehhh. tapi lama mana ye ingatan dapat melekat dalam minda..
takut nanti tercair pula..
jangan....
ohhh berperang lagi ke...
tak nak berperang...
surrender...
bendera putih..
janji tak buat lagi..
heeii...
ingat pernah buat janji tak buat lagi..
alih alih buat lagik..
dua tiga kali pula tuh..
sampai ke tahap,,complete nooooo..
then over and out..
itu ke kesudahannya..
entahhhhle...
tapi kali ni betul betul janji
AKU TIDAK BUAT LAGI..
kalau sakit macam mana..
jawapan: minta ehsan kawan..
ok ...ok.. boleh...