Sunday, November 14, 2010

Sindrom

Down sindrom..
berbagai jenis sindrom..
apa itu sindrom..
saya pun tak pasti..
tapi yang pastinya..
saya nih dah mengalami sindrom
malasssssss....
agaknya sebab kesihatan agak bermasalah..
maka yang lain tuh boleh hold on dulu kot..
UUUUHHHH... kaki dah kali ketiga terseliuh pada tahun ni..
kali pertama bulan 4..lepas tuh bulan sept
and the latest nih bulan oktober..
dah 2 minggu masih sakit lagi..
agaknya sebab saya buat tak tahu je..
ambil terlalu mudah..
eeee.. teruk le saya nih..
masa kena hari uh boleh buat diam je..
kena waktu petang hari Isnin minggu lepas
masa tu hubby gi Cheras selama 1 minggu..
maka saya pun home alone..
buat kuat le konon..
nak lupa diri sakit..
buat bodoh je..'
makin hari makin sakit..
boleh tak gi klinik gak..
degil le saya nih..
takut gi klinik kot..
sekali dia naik bengkak..
pun masih degil lagi..
tapi yang best nye buat diam je..
tak cakap pada siapapun..
terhenjut henjut gi gak sekolah ..
pasal malas nak amik MC..
ohh seksanya..
tapi i choose to here kannn..
sendiri pilih untuk susah kannn...
pilih untuk jauh dari family..adik beradik..
jd apabila sakit ke apa ke tanggung le sendiri..
jangan bising...
berani buat berani tanggung..
itule prinsip yang dipegang...
jangan menyusahkan orang lain..
akhirnya pada hari sabtu..
masa tuh hari hubby balik baru cakap..
kaki sakit takleh jalan..
apabila dikenang kenang rasa nak nangis pun ada..
kesian diri ini..
siapa yang boleh kesian pada kita selain diri sendiri..
tanggung le..
tapi sakitnya dah lama sangat kot..
sampai hari ni tak kurang lagi..
semangat kental dalam diri dah ditanam sejak ambil keputusan untuk berjauhan ngan family..
berbagai gak cara dicuba untk sembuhkan tapi masih belum reda..
kekadang hari in elok sikit esoknya sakit balik..
kesimpulannya..
dah tua..
tapi tak nak le jadi tua yang sakit..
nak sihat lagi..
nih cuti nanti akan ku buat sesungguhnya untk sembuhkan..
hari ini dah pakai ankle support agak lega sikit..
akan ku usaha juga untuk menjadi orang tua yang sihat..
Saya tak menyesal dapat sakit nih..
mungkin ini cara Allah memberi peringatan kepada diri ini yang pernah lalai..
Ampunkan dosaku ya Allah..
minta maaf kat hubby atas kelalaianku ...
Kesakitan ku ini menjadi sindrom dan simbol akan kelalaianku..
Satu hari akan ku siapakan juga novelku
YANG BERBAHAGIA KOGAR...
akan ku hadiahkan kepada mereka yang seangkatan denganku..



Tuesday, November 2, 2010

Kata hikmah...Pujangga kata Seorang Dewasa....

Koleksi pujangga kata seorang dewasa yang dikutip dari status FB...

KONONNYA: " Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,lebih baik cinta itu tak pernah hadir."......renung-renungkan

NGATLAH: " Tidak semua orang bahagia dengan cinta yang hadir dalam hidup mereka.Setiap manusia melakukan kekhilafan dan kekhilafan itulah terkadang membuatkan cinta itu pudar. hanya kemaafan mampu mengembalikan sinar cinta." .....fikir-fikirkan.
Saturday at 14:10 • Comment • Like

KONONNYA: " Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu,".......renung-renungkan

KONONNYA: " Sikap saling percaya mempercayai adalah kunci kejayaan hubungan cinta yang dibina.Cuba berkongsi masalah yang dihadapi dengan kekasih anda. Mungkin ia dapat mengurangkan sedikit bebanan dan tekanan yang terpaksa diharungi,"...............FIKIR-FIKIRKAN

PASTIKAN: " Jangan disebabkan hanya berpisah hidup kita jadi tidak menentu.Tidur tidak lena,makan tidak kenyang,mandi pun tidak basah.Cubalah hidup dalam realiti.Apa susah-susah,cari saja penggantinya." renung-renungkan

INGATLAH: " Cinta memang indah sekiranya ia dapat menyatukan dua insan namun jika sebaliknya berlaku si pencinta akan melalui hari-harinya dengan kerinduan yang tiada noktahnya," fikir-fikirkan.

KONONNYA: "Cinta ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar,makin ia menghindar.Tapi,bila kau biarkan ia terbang,ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga." renung-renungkan

PASTIKAN: "Jangan terlalu ikutkan kata hati.Tindakan yang terburu-buru hanya menyusahkan diri.Cuba berfikir dengan logik masalah yang terjadi.Jangan terus membuat keputusan.Berfikir sebelum bertindak. " renung-

PASTIKAN: " Jangan sesekali memandang rendah dan menganggap kedudukan kekasih kita tidak sama taraf dengan diri kita.Sikap ini hanya memburukkan lagi perhubungan yang dibina.Lebih malang lagi,kita mungkin sentiasa gagal dalam percintaan.Ubahlah sikap ini kepada yang lebih positif,"fikir-fikirkan
14 October at 18:07 • Comment • Like

PASTIKAN: " Jangan terpedaya dengan kemewahan yang ditunjukkan.Mungkin itu hanyalah perangkap bagi menawan hati kita.Tengok daripada gaya dan personaliti nampak hebat dan seperti orang kaya,tapi rupa-rupanya poket kosong.Berhati-hatilah dengan golongan sebegini." renung-renungkan.

KONONNYA: "Sekali gagal dalam bercinta bukanlah gagal selama-lamanya.Semakin banyak kegagalan yang kita alami semakin banyak pengalaman yang kita kutip hari ini bagi menjadi yang terbaik pada masa akan datang.Yakin dengan diri sendiri."fikir-fikirkan.
12 October at 06:24 • Comment • Like

KONONNYA: "Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambanya,kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya,kasih saudara masa berada,kasih sahabat masa binasa,kasih suami isteri sepenanggungan,kasih orang menaruh harapan,"......renung-renungkan.

KONONNYA: "Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya," renung-renungkan.
10 October at 01:26 • Comment • Like

KONONNYA : "Siapa yang tergopoh-gapah terhadap sesuatu sebelum tiba masanya nescaya ia akan kehilangan perkara tersebut," fikir-fikirkan .
09 October at 14:18 • Comment • Like

PASTIKAN: "Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.".............renung-renungkan

FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA: "Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. TETAPI mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya,Itulah namanya ................c i n t a .......

Berbuat baiklah jika kamu ingin orang berbuat baik terhadap dirimu,".........renung-renungkan

"Usah bimbang andai dirimu sudah tidak dihargai....bimbanglah andai dirimu sudah tidak berharga lagi......"fikir-fikirkan

KONONNYA: "Kasih sayang yang sejati umpama cahaya matahari yang tidak mungkin disekat oleh sesiapa pun.".........fikir-fikirkan

PASTIKAN: "Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada seorang yang bertuah."......renung-renungkan

PASTIKAN: "Jangan engkau ucapkan selamat tinggal jika engkau masih mahu mencuba,jangan sesekali menyerah jika engkau masih merasa sanggup,jangan kau katakan tidak mencintainya lagi jika engkau masih tidak dapat melupakannya,"......renung-renungkan

BENARKAH ? "Cinta itu seperti sinar matahari,memberi tanpa mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari,tidak memilih siapa yang ia sinari.Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati,"........ renung-renungkan

PASTIKAN: "Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya."................renung-renungkan

KONONNYA: " Tiga perkara menunjukkan kurangnya akal dan padanya pula bukti kelemahan:terlalu cepat menjawab,panjang angan-angan dan terlalu banyak ketawa,"......renung-renungkan

KONONNYA: "Orang yang menunjukkan kebaikan pada anda itu ialah sahabat yang baik,dan orang yang menunjukkan kesalahan pada anda itu adalah sahabat yang lebih baik,".................fikir-fikirkan.
01 October at 19:13 • Comment • Like

KONONNYA: "Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia,maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,mungkin tiada lagi peluang kedua,".........renung-renungkan.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu dengan sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Ketika saat itu,tiada guna sesalan kerana perginya tidak akan berpatah lagi,"..............fikir-fikirkanlah
30 September at 00:33 • Comment • Like

Siapa yang berpura-pura terhadapmu,sebenarnya dia tidak menyukai anda"......ingatlah

KONONNYA: "Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki," renung-renungkan.
29 September at 12:18 • Comment • Like

Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu........

BETULKAH ? ...."ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain."......fikir-fikirkan

KONONYA: "tanda-tanda orang munafik itu tiga: apabila bercakap dia berbohong,apabila berjanji dia ingkar dan apabila diberi kepercayaan dia khianat.".....renung-renungkan.

Monday, November 1, 2010

Semakin hari semakin sayang

Semakin hari semakin sayang..
terlalu dia tunjukkan sayangnya kepada diri ini..
aku ..
adakah aku tunjukkan penghargaan terhadapnya..
aku seharusnya sedar betapa dia sangat menjagai diriku ini..
segala yang diminta ditunaikannya..
tanpa aku sedari segala dipermudahkannya..
Ampunkan diriku Ya Allah..
Betapa Engkau telah permudahkan segalanya untuk diri ini
Diri ini yang mengingkari akan suruhan mu..
Engkau menunjukkan kasih dan sayangmu yang teramat sangat..
Ampunilah dosa and keeingkaranku
atau juga keegoan dan kesombonganku..
berikan sedikit benih keimanan dalam jiwa ini..
jinakkan hati yang suka melawan dan memberontak..
tetapkan pegangan yang selalu goyah dan ragu..
atas segalanya aku bersyukur..
sesungguhnya aku ingin menunaikan kewajipan ke atas diriku..
dan mendapat keredhaanMu ..
atas segala kelalaianku aku memohon ampun...
Semoga aku dapat kebahagian yang abadi dan berkekalan..
dan bukan sesuatu yang sementara..
keseronokan dan kebahagian dunia..
yang hanya sementara dan tidak kekal..
sekiranya itu kehendakmu Ya Allah
sesungguhnya aku tawakal..