Wednesday, September 15, 2010

PTK Generik Umum Nota Ringkas : Bab C Cuti

C. Bab C- Cuti
1.cuti separuh gaji:- setahun 30 hari tp tidak melebihi 180 hari@ 14 hari atas dasar kesihatan sanak saudara terdekat
2. cuti tanpa gaji:- dibenarkan slps 6 bulan kerja@ 30 hari bg setiap tahun perkhidmatan tp tidak melebihi 360 hari
3. cuti sakit swasta tidak melebihi 2 hari berturut dan tidak melebihi 15 hari setahun
4.cuti sakit:- sekiranya lebih 45 hari setahun selama 3 tahun berturut, perlu buat LAPORAN Lembaga Perubatan.(maksimum cuti ialah 90 hari)

5. Cuti sakit lanjutan:- tidak melebihi 3 bulan.Sekiranya perlu boleh gunakan jenis cuti yang layak baginya(cuti sakit + cuti rehat+cuti separuh gaji selama 130 hari + cuti tanpa gaji)*maksud bukan mudah utk diberhentikan kerja*
6. Elaun bantuan diberikan sekiranya cuti tanpa gaji iaitu separuh gaji dengan kelulusan.
7. Cuti jaga anak 90 hari slps 60 hari( makna 60 hari bergaji dan 90 hari tanpa gaji..awas perangkap soalan ptk.. cuti bagi ibu selepas bersalin ialah cuti tanpa gaji jaga anak anak dan bukan cuti tanpa gaji bersalin)
8. cuti isteri bersalin diberikan kepada lelaki secara automatic selama 7 hari (termasuk hujung minggu atau cuti umum)
9. cuti kecederaan diberikan pegawai yang cedera semasa tugas sehingga pulih atau dibersarakan. Diluluskan oleh kuasa tertentu(tidak melebihi 90 hari) diberi saguhati dan pampas an orang bekerja.
10. Jenis cuti
a. cuti kusta – 24 bulan
b. cuti tibi - 12 bulan
c. cuti haji – sekali dalam perkhidmatan selama 40 hari
d. cuti akademik – hapuskan segala cuti rehat (sekiranya kursus lebih 12 bulan tiada cuti rehat)
e. cuti perayaan
f. cuti gantian- diberika kepada pegawai yang dipanggil bertugas( cth PAR bertugas pada hari sabtu sekolah ganti akan dapat cuti pada hari lain sebagai ganti)
g. Cuti menghadiri latihan – tanpa rekod selama 14 hari ditambah 2 hari utk pergi dan balik
h. cuti tanpa rekod- utk mesyuarat agung,seminar,sekolah latihan semangat,perhimpunan belia, kesatuan sekerja,pemegang jatawan dalam syarikat kerjasama (selama 2 bln),mesyuarat persatuan iktisas, mengambil bahagian dalam sukan, ahli majlis pertandingan.
i. cuti sekolah – guru boleh dipanggil bertugas tidak melebihi ½ dari cuti dalam setahun
j. Cuti separuh gaji- 30 hari setiap tahun perkhidmatan tidak melebihi 180 hari atas kesihatan diri/sanak saudara terdekat/lawatan sambil belajar ke luar Negara.

PTK Generik Umum Nota Ringkas Bab B: Elaun

B. Elaun
1. bermalam di luar ibu pejabat layak loging/elaun hotel/makan/loging drebar(soalan PTK)
2. elaun hotel tidak boleh dibayar sekiranya 3 bulan berturut
3. elaun makan diberikan sekiranya bertugas lebih dari 24 jam dengan kadar sarapan 20% daripada kadar kelayakannya dan makan tengah hari 40% .(soalan PTK)
4. elaun perjalanan kenderaan: boleh dituntut oleh pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk tugasan berdasarkan perbatuan
4. penggunan kenderaan sendiri penyengeraan bukan tanggungjawab kerajaan(soalan PTK)
5.elaun harian diberikan kepada pegawai yang menjalankan tugas lebih dari 8 jam tp kurang dari 24 jam dengan kadar ½ dari kelayakan elaun makan (soalan PTK)
6.perpindahan rumah dalam stesen (33 km) diberikan secara lump sum (elaun makan,loging,hotel,pengangkutan termasuk tambang orang gaji, pemberian perpindahan)
7.pegawai berkahwin boleh tuntut bujang lps tu tuntuk keluarga apabila perpindahan keluarga
8.tambang kapalterbang(luar negara) untuk pegawai gred khas C boleh naik kelas Satu lain lain kelas ekonomi.
9.elaun tambang jarak melebihi 240 km layak tambang kapal terbang@keretapi. Pegawai boleh ambil tambang gantian sama nilai dengan tiket tp tidak layak tuntut perjalanan ke lapangan terbang @ stesen keretapi (soalan PTK)
10.penempatan pertama layak tuntutan elaun yang dilayaknya (tambang, harian atau makan,loging)
11.pesara boleh tuntut pemberian pindahan dari tempat kerja ke tempat dia nak bersara berdasarkan gaji terakhirnya
12.pegawai yang dibenarkan mengambil peperiksaan@menghadiri temuduga kenaikan pangkat layak membuat tuntutan seperti ia menjalankan tugasnya.
13.pegawai bertugas di luar kawasan boleh memohon elaun pendahuluan diri
14.pegawai mendapat rawatan luar stesen layak membuat tuntutan sama seperti semasa ia menjalankan tugas
15.lain lain elaun:- elaun protocol semasa persidangan, pegawai disapinakan, istiadat pengurniaan
16.kemudahan pengurusan jenazah bagi kakitangan yang meninggal dalam perkhidmatan
17.insentif perkhidmatan kurikulum e.g PPSMI graduate 5% dan non graduate 10%

PTK Generik Umum : Nota Ringkas Bab A: Perkhidmatan

PTK KOMPETENSI UMUM : Nota Ringkas
Bab A : Pengambilan, perlantikan, kenaikan pangkat, tamat kerja, persaraan
1. Bukan warganegara hanya sebagai kontrak
2. Bekas pegawai tidak boleh dilantik kecuali dengan kebenaran
3. Boleh diberhentikan kerana: salahlaku/gagal/dasar pengurangan
4. Tarikh lahir 29.2 menjadi 1.3
5. Perjawatan dalam perkhidmatan diumumkan melalui pekeliling
6. Pekerja kontrak untuk tamat mesti diberitahu 6 bulan sebelum habis kontrak
7. Pengiklanan perjawatan mesti ada: - nama dan taraf jawapan/Tanggagaji
/kelulusan dan kelayakan/Tarikh tutup/Alamat
8. Pegawai kerajaan memohon jawatan melalui ketua jabatan(awas soalan PTK)
9. Tawaran jawatan perlu menyatakan nama jawatan,gaji,tempoh percubaan , berpencen
10. Dalam tempoh percubaan apabila tempoh dilanjutkan gaji berdasarkan gaji akhir
11. Untuk urusan pengesahan perlu hadir kursus induksi dan perakuan dari ketua
jabatan,menjadi tanggungjawab ketua jabatan untuk urusan pengesahan(soalanPTK)
12. Perlantikan bagi pegawai tetap adalah bermula dari tarikh sementara
13. Tarikh kenaikan gaji bagi pegawai yang tidak lulus adalah satu haribulan
selepas lulus atau tahun berikutnya
14. Penamatan perkhidmatan : -sekiranya menyembunyi taraf kesihatan/dalam tempoh percubaan dan gagal disahkan/dilakukan oleh pihak yang lebih tinggi dari pihak yang melantik .tempoh membela diri semasa penamatan perkhidmatan ialah 3 bulan.(Soalan PTK)
15. kakitangan yang berhutang mesti jelaskan hutang sebelum ditamatkan perkhidmatan
16. Pencen pilihan : lelaki 50 tahun, perempuan 45 tahun(soalan PTK)
17. Perempuan berkahwin boleh dipencenkan sekiranya mengganggu tugas. kelayakan ganjaran 3/4 bulan gaji bagi tiap tahun genap perkhidmatan tidak melebihi 9 bulan gaji di atas gai pokok atau 1 tahun kalau gaji bersih.

At last

Selepas 1 minggu tak update blog ni..
rasanye perlu gak update sikit..
klau tak nanti akan bersawang le ia..
sebenarnya semua benda yang ada perlu diupdate selalu..
tak kira apa pun..'
ilmu di dada..
sikap dalam masyarakat..
attitude di antara kita..
semua perlu diupdate supaya ianya tidak menjadi jumud..
supaya ianya boleh digunapakai selalu..
apabila kita tidak rajin update diri kita..
maka akan menjadi jumud dan takut orang akan bosan dengan kita..
always refresh yourself..
untuk kekal relevan..
pengalaman berhari raya..
buat diri ini berfikir semula..
apakah yang patut dilakukan selepas ini..
adakah berbaloi untuk meneruskan projek mega yang dirancang..
i think not..
better to love yourself and not love others more..
unless of course if you are able to get enough love in return..
but if it is you who offer your love and with not worth a while response..
then you better think for yourself more..
love yourself before you love others..
it is not worth the sacrifice when you don't get what your love is worth for..

Saturday, September 4, 2010

"Stand by Me" - Andy, Jon Bon Jovi, Richie Sambora & Friends



real harmony
So darling darling stand by me
ohh stand now
stand by me
if the sky that we look upon should trumble and fall
or the mountainds trumble to the sea
i won't cry..
i won't shed a tear..
so long as you stand by me.
Ohh..darling would you stand by me
Whenever you are in trouble
you can stand by me..
won't you stand by me
ohhh stand by me..
darling... darling stand by me..
ohh stand by me..
please..please stand by me..

*definetly not the entire lyrics..
just to highlight..
main ones...
this is real harmony..
just fantastic..and very catchy..
makes you feel light and...cheerful..
Happy Day...

Friday, September 3, 2010

Salam Raya

Sangat klise...
cuti sebelum raya semua berbaris..
selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
yang tersirat atau tersurat..
yang dalam atau luar..
yang nampak atau tak nampak..
jawapan : sama sama kita..
0..0 ye..
ohhh sungguh stereotype..
tapi .......
ikhlas ke..
tidak masih tersimpan ke yang berat berat..
boleh terhapus ke hanya dengan meminta maaf..
apabila maruah dan reputasi tercalar..
boleh ke dimaafkan hanya dengan memohon maaf..
rasanye.. banyak dari apa yang dibuat hanyalah adat aje..
sejauh mana ikhlasnya...
hanya tuanpunya badan sahaja yang tau..
sebab pada pendapat saya yang serba kekurangan ini..
bukan memohon maaf itu yang dinantikan..
tetapi
lebih kepada janji pada diri sendiri
tidak melakukan kesalahan kepada orang lain..
sentiasa perihatin kepada perasaan orang lain..
sebab sekali hati dan perasaan terguris
bukan semudah memohon maaf yang boleh hapuskan luka itu..
mulut boleh berkata sama sama kita memohon maaf..
tapi ada tak jawapan orang yang mengatakan aku memaafkan..
rasa rasanye jarang sekali jawapan
aku memaafkan segala kesalahan kau kepada aku..
yang kita jumpai ialah sama sama kita minta maaf..
adakah ini bermakna kita sama sama nak beritahu yang kita sama sama bersalah..
adakah mampu kita memaafkan orang yang pernah melukai hati dan perasaan kita..
atau adakah kita boleh memaafkan orang yang mencalar maruah kita..
oleh itu pada pendapat saya..
sekiranya kita tidak berkemampuan untuk memaafkan orang yang pernah bersalah kepada kita dalam degree yang agak berat..
rasanya tidak perlu untuk menyebut mengenai kemaafan ..
takut nanti kita menjadi berpura pura dan jatuh munafik..
cukup le sekadar mengucapkan selamat hari raya..
sekiranya hati sangat mulia dan betul betul ingin memaafkannya..
mungkin keadaanya berbeza..
mungkin anda akan menyatakan sedangkan
nabi memaafkan umatnya..
persoalannya kita sekelumitpun tidak sebaik nabi..
kita manusia biasa yang penuh dengan kelemahan..
kemuliaan jauh sekali..
jadi adakah kita akan terus dengan kepuraan puraan ini..
sebab hanya diri anda tahu apa yang tersirat di hati sanubari masing masing..
kalau ianya hanyalah adat..
maka sekadar mengucap selamat hari raya mungkin sudah memadai..
renung renungkan..
dan selamat beramal..

Thursday, September 2, 2010

Welcome September

2nd September..
just 2 days in the month of september..
and just a week before fasting month ends..
today..
after 28 years in service..
i am going to get a show cause letter..
wow...
how would it be..
i just hope it is not that serious..
simply cos of taking things too much for granted..
did not punch out for the last 2 months or so..
at times punch out..
at times just go off so as if tidor kat sekolah..
pengetua nak dapat kenaikan pangkat..
mestinya ada pemantauan..
terkantoile kita yang tak punch out..
senarai nama keluar..
ini mungkin termasuk dalam aspek pengawalan kakitangan bawah jagaan..
hihihi padan muka siapa suruh ambil mudah..
satu team pendidikan khas terkena..
hahaha...
mula mula dulu baik dan patuh kepada arahan..
walau macam mana jauh sekali mesti punch out..
tapi sejak tengok kawan elok je tak punch out..
maka terikut le..
tu le tuhan sayang kepada kita ..
tak bagi kita buat jahat lama lama..
kan terkena peringatan dah...
lain kali jangan buat lagi...
ehh..ehhh. tapi lama mana ye ingatan dapat melekat dalam minda..
takut nanti tercair pula..
jangan....
ohhh berperang lagi ke...
tak nak berperang...
surrender...
bendera putih..
janji tak buat lagi..
heeii...
ingat pernah buat janji tak buat lagi..
alih alih buat lagik..
dua tiga kali pula tuh..
sampai ke tahap,,complete nooooo..
then over and out..
itu ke kesudahannya..
entahhhhle...
tapi kali ni betul betul janji
AKU TIDAK BUAT LAGI..
kalau sakit macam mana..
jawapan: minta ehsan kawan..
ok ...ok.. boleh...