Tuesday, March 30, 2010

cinta, sayang dan minat...

Cinta, sayang dan minat apakah perbezaannye...
(untuk kaum hawa)
Cinta...
Cinta Adam dan Hawa...
mungkin merujuk kepada tarikan antara lelaki dan wanita
ianya merupakan tarikan yg ada kaitan dengan perasaan ingin bersama
berdampingan dan disertai dengan tarikan nafsu..

Sayang...
sayang satu perasaan ikatan antara 2 insan...
tidak semesti di antara lelaki dengan perempuan
tidak dengan ada satu tarikan nafsu
tetapi perasaan ingin berdampingan
menghargai dan prihatin terhadap pasangan
sayang seorang teman kepada teman lain .
sayang seorang kawan, rakan atau insan 2 yang bermakna dalam hidup

Minat
minat menyukai sesuatu
ingin memiliki tetapi tanpa perasaan
hanya hendak benda itu dalam milikan
adakah setelah dimiliki ianya akan terletak di situ sahaja
mungkin juga...
minat terhadap sesuatu itu akan hilang setelah mendapat kepuasan dari pemilikannya...

jadilah org bijak yang dapat bezakan antara cinta, sayang dan minat..
naivenye anda akan terperangkap dengan Men's Secret Code....

Thursday, March 18, 2010

Diri wanita

Wanita dicipta oleh tuhan makhluk yang lemah sensitif dan manja...
tp berapa ramai ke orang yang boleh melayan naluri wanita yang sebegini...
aku pun percaya bahawa wanita perlu menjadi orang yang agresif, berkarya dan berjaya menyaingi lelaki...
tetapi itu adalah wanita pada zahirnya...
pada nalurinya semua wanita sama ada presiden. naib canselor atau sesiapa saje sebenarnye hendak dibelai. dimanja dan dihargai...
seperti mana ibu ayah kita dulu memberi penuh kemaanjaan kepada anak anak perempuanya ...
acapkali orang mengganggap wanita berkerjaya dan berpengaruh merupakan kuku besi
sebenarnya mereka masih bersifat fitrahnya

Wanita dan kasih sayang
wanita suka dibelai
diberi perhatian
dimanjakan
dipuji
dan ingin merasai dirnya adalah yang paling berharga
Kami wanita seringkali orang take for granted...
tidak dihargai
buat sesuka hati
ditinggalkan bila nak
bila diperlukan buat macam kita harta peribadi
no question
melihat ungkapan dari seorang anak
i love u umi
kasih ibu bawa ke syurga
aku teringat apakah maksud meninggalkan tanggungjawab menjaga anak dan keluarga kepada seorang perempuan
bukankah itu tugas seorang lelaki
tidak ke agamapun memesankan agar lelaki menjadi ketua dan menjaga kebajikan perempuan
kalau kita hendak dijaga diri dan keluarga
buat apa kita kahwin
bukankah wanita dijadikan pasangan untuk kaum lelaki
Mungkinkah sebab itu makin ramai wanita merasakan
perkahwinan bukan sangat perlu bagi diri mereka...