Terkenang...
masa masa yang lalu..
di masa ku masih lagi bahagia..
kini ku bahagia kah..
tergelak besar melihat gelagat anak dan bapak anak merajuk..
adakah benda kecik aje dah nak merajuk..
seolah dunia ni sangat kejam kepadanya..
adakah itu akibat trauma masa kecik..
apabil aku bentang akan masaku yang berlalu ..
entah dapat ke tidak dia melihat betapa bertuahnya dia..
dirinya berbanding diriku..
dia ada segalanya..
aku kehilangan segalanya..
dia mendapat apa yang dikehendakinya..
aku bergelut nak dapat apa yang ku inginkan..
dia mendapat segala bantuan yang diperlukan..
aku terpaksa bergantung kepada diriku untuk apa yang aku nak..
dia maju selangkah demi selangkah dengan bergaya..
aku menapak di situ juga tak kemana..
dia mendapat first degree dengan sepenuh masa..
aku bergelut sambil jaga anak dan ekonomi yang ketat..
dia dapat kemana saja ..
aku duduk di rumah..
hanya ke sekolah dan balik...
jadi apa lagi yang dia nak..
sepatutnya.. dia bersyukur.. dan berterima kasih..
aku tidak dengki atau menyesal..
aku pasrah kerana kelemahan diriku..
aku tidak rajin sujud dan memohon kepadaNya..
aku banyak lalai..
bukan sombong denganh Nya tetapi ..
aku pun tak tahu..
aku tau aku kena minta padaNya..
tapi aku rasa aku tidak...
entah seolah aku puas dengan apa yang ada pada diriku..
mungkin pada pandangan orang lain..
aku jauh ketinggalan..
dan dari segi logiknya pun aku jauh ketinggalan dari orang lain..
tetapi entah aku rasa bahawa aku puas..
dan aku tidak ada apa lagi yang aku nak mohon..
aku bersyukur..
mungkin juga kerana dibandingkan dengan masa laluku ..
aku sekarang jauh lebih baik..
masa kecik kecik dulu nak makan nasipun tak dapat..
tapi kini aku tak mampu nak makan aje..
aku rasa aku dah ada apa yang aku mahu..
aku berpuashati..
tapi aku tak senang
apabila dia berkata yang dia tidak dapat apa yang di naknya sejak dari kecik lagi..
apa lagi yang dia nak..?????
No comments:
Post a Comment