Friday, August 20, 2010

Dunia siber

Dunia siber...
dunia tanpa sempadan...
menghubung yang jauh menjadi rapat
yang lama ditimbulkan menjadi terkini..
yang ditinggalkan bertemu kembali..
ada juga kasih yang putus ditautkan semula..
ada yang bertemu kasih ..
tapi tak kurang juga yang berpisah kasih dek kerana dunia siber...

Bagaimanakah anda menfaatkan dunia siber ini
bergantung sebenarnya kepada nawaitu masing masing..
Dari dunia siber ini...
kita mendapat manfaat sekiranya niat kite untuk mencari kebaikan...
banyak kontroversi timbul terutamanya mengenai Mukabuku..
satu rangkaian sosial yang sangat popular di kalangan semua..
teringat mula membuka akaun Mukabuku ini ...
seorang rakan mb ini mengatakan ..
mukabuku ini seperti hari raya..
tua muda sama sama meraikannya....
hihihi... mula2 terasa juga..
sebab ni kan makcik siber.. pada usia sebegini masih nak buka akaun mb..
dan aktif browsing pulak tuh...
tapi kini dan sebenarnya mb in dihuni oleh sesiapa sahaja..
dari yang sekerepot seperti makcik siber ni..
hingga ke sekecil2 manusia yang baru mengenal membina ayat..
dari seorang profesor kepada seorang yang mengeja Cikgu dengan ejaan cingku..
sooo.. sebenarnya ia telah dirakyatkan...
free for all and always will be..
banyak perahasan telah dikemukakan tentang mb ini..
dari ruang untuk download segala ilmu kepada tempat pertemuan sembang..
hilangkan kesunyian dan kebosanan..
mencari pendapat..
menyatakan kasih dan penghargaan..
sehinggalah dikatakan tapak bermaharajalelanya maksiat..
Wlaupun segala perbahasan itu mempunyai asas untuk diperkatakan..

tetapi yang agak membimbangkan ialah apabila mb itu dikatakan menjadi penyebab terjadinya hakisan keharmonian dalam alam rumahtangga.
Tidak dinafikan mb ini berupaya untuk menemukan kasih yang terputus walaupun sudah hampir seabad.. tetapi sebenarnya bukan alam siber ini yang bersalah dalam keadaan itu..
yang salah adalah kita sebagai penghuni dalam alam siber itu..
sajauh mana kah keikhlasan kita dalam diri kita sendiri..
sekiranya kita ikhlas dan jujur hidangle apa pun di depan kita kita tidak akan terleka..
bertemu kekasih yang putus walau hampir seabad.. keikhlasan itu yang diuji..
apabila keikhlasan menguasai diri...
maka perhubungan itu akan berlegar sekitar nice to meet u agaian after sooo long..
how is life...thank God we are connected after soo long..Maka mb menjadi ruang untuk menjalin balik siratulrahim yang mugkin terputus..
tetapi apabila keikhlasan itu tidak termasuk dalam agenda perhubungan itu..
dan nawaitu lain yang terselit..
maka... identiti diri mungkin disorok di belakang tabir atau juga didedah..
tetapi yang pasti.. keterujaan untuk berhubung itu akan lebih terarah ke kenangan lalu yang mengusik jiwa aka KMJ. Kisah lama diunglkit2 untuk membangkitkan semula nostalgia...maka yang sudah separuh abad usia akan menjadi remaja semula.. maka ungkapan young at hearts..menjadi pegangan...
Kasih dan sayang yang terputus disemai semula..
benih benih cinta terbiar seketika..sedekad..atau hampir seabad.. dibajai dan sirami dengan penuh keghairahan.. "sayangggg...luv you...hanya u yang family i terima"..maka perkahwinan yang sudah bertahun mungkin satu rutin selama ini ..mula dianggap sebagai bunga yang sudah pudar warnanya.. kelopongan ...diambil peluang oleh opportunist siber ini untuk mencucuk jarum.. bukan tujuan untuk menjalin hubungan yang nyata.. tetapi sekadar hubungan siber yang mengasyikkan dan melekakan.. kekasih siber.. kekasih gelap...
kelekaan inilah yang menjadi kehakaisan dalam keharmonian berumahtangga... bukan kewujudan some one in person... tetapi tanpa kita sedari sebenarnya..kita hanya bercinta dengan ayat ayat di skrin komputer...
Jadi wajarke kita bercinta dengan ayat ayat di skrin komputer sementara someone in person yang berada di depan mata terbiar begitu saje..
dia yang bersama dengan kita bertahun lamanye.. setia dalam susah dan senang..terabai dan kite mengejar ayat ayat belaian manja di skrin komputer...
sekiranya satu hari someone in person itu terlalu lama diabaikan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia dia bersama dengan kita.. adakah boleh kita bertemankan ayat ayat cinta di skrin komputer itu...
Maka dengan itu wahai penghuni penghuni siber... berpijakle di bumi nyata.. jangan lalai dan melalaikan...
kepada yang bertemu kasih melalui dunia siber..dan tengah memupuk kasih melalui dunia siber..yang tengah menjual kasih melalui dunia siber..ataupun mencari kasih melalui dunia siber...tahniah dan jaga tertib berkasih .....sebab dunia siber ini terlalu luas...the whole wide world is at your fingertips...
Happy browsing everyone ..you know your reason for browsing...

No comments:

Post a Comment