Friday, September 3, 2010

Salam Raya

Sangat klise...
cuti sebelum raya semua berbaris..
selamat hari raya..
maaf zahir dan batin..
yang tersirat atau tersurat..
yang dalam atau luar..
yang nampak atau tak nampak..
jawapan : sama sama kita..
0..0 ye..
ohhh sungguh stereotype..
tapi .......
ikhlas ke..
tidak masih tersimpan ke yang berat berat..
boleh terhapus ke hanya dengan meminta maaf..
apabila maruah dan reputasi tercalar..
boleh ke dimaafkan hanya dengan memohon maaf..
rasanye.. banyak dari apa yang dibuat hanyalah adat aje..
sejauh mana ikhlasnya...
hanya tuanpunya badan sahaja yang tau..
sebab pada pendapat saya yang serba kekurangan ini..
bukan memohon maaf itu yang dinantikan..
tetapi
lebih kepada janji pada diri sendiri
tidak melakukan kesalahan kepada orang lain..
sentiasa perihatin kepada perasaan orang lain..
sebab sekali hati dan perasaan terguris
bukan semudah memohon maaf yang boleh hapuskan luka itu..
mulut boleh berkata sama sama kita memohon maaf..
tapi ada tak jawapan orang yang mengatakan aku memaafkan..
rasa rasanye jarang sekali jawapan
aku memaafkan segala kesalahan kau kepada aku..
yang kita jumpai ialah sama sama kita minta maaf..
adakah ini bermakna kita sama sama nak beritahu yang kita sama sama bersalah..
adakah mampu kita memaafkan orang yang pernah melukai hati dan perasaan kita..
atau adakah kita boleh memaafkan orang yang mencalar maruah kita..
oleh itu pada pendapat saya..
sekiranya kita tidak berkemampuan untuk memaafkan orang yang pernah bersalah kepada kita dalam degree yang agak berat..
rasanya tidak perlu untuk menyebut mengenai kemaafan ..
takut nanti kita menjadi berpura pura dan jatuh munafik..
cukup le sekadar mengucapkan selamat hari raya..
sekiranya hati sangat mulia dan betul betul ingin memaafkannya..
mungkin keadaanya berbeza..
mungkin anda akan menyatakan sedangkan
nabi memaafkan umatnya..
persoalannya kita sekelumitpun tidak sebaik nabi..
kita manusia biasa yang penuh dengan kelemahan..
kemuliaan jauh sekali..
jadi adakah kita akan terus dengan kepuraan puraan ini..
sebab hanya diri anda tahu apa yang tersirat di hati sanubari masing masing..
kalau ianya hanyalah adat..
maka sekadar mengucap selamat hari raya mungkin sudah memadai..
renung renungkan..
dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment